Alor Setar - Tiaranita Negeri Sembilan telah menyertai program Sambutan Hari Tiaranita 2009 di Alor Setar, Kedah pada 30hb April sehingga 2hb Mei 2009.
Seramai 14 orang ahli serta Presiden Tiaranita, Puan Salmah Mohd Taufek telah memulakan perjalanan ke Alor Setar, Kedah pada 30hb April 2009 dan menginap di Hotel Sentosa Regency dan Hotel Star City, Alor Setar.
Program Sambutan Hari Tiaranita bermula pada 1 hb Mei 2009 dengan pelbagai aktiviti sukaneka dan perbarisan di sebelah pagi dan Majlis Makan Malam Kilauan Tiaranita di sebelah malam.
Terdapat 6 permainan sukaneka yang di pertandingkan, di antaranya Siti Musliha, Labu Lebai, Lompat Cik Lompat, Penarek Beca dan Ali Ba Ta serta Semerah Padi, yang khusus untuk tetamu VIP.
Tiaranita Negeri Sembilan berjaya memenangi 3 permainan sukaneka, iaitu Ali Ba Ta (Tempat Pertama), Penarek Beca (Tempat Kedua) dan Lompat Cik Lompat (Tempat Ketiga).
Selain itu, Puan Salmah Mohd Taufek turut serta menyertai permainan sukaneka Semerah Padi.
Di samping itu, ahli Tiaranita Negeri Sembilan juga turut membuat jualan makanan ringan di Stadium Abdul Halim dan Hotel Sentosa Regency, Alor Setar.
Pada sebelah malam, Majlis Makan Malam Kilauan Tiaranita menyaksikan semua ahli Tiaranita seluruh negeri bertanding untuk memenangi persembahan tarian yang bertema kan “Truly Asia”.
Negeri Sembilan telah berjaya memenangi tempat kedua persembahan tarian dan menerima hadiah wang tunai dari Puan Presiden Tiaranita Nasional, Datin Sharifah Aamenah Aljunid.
Selain itu, majlis makan malam ini di serikan lagi dengan persembahan dari artis jemputan, Adibah Noor.
Sessi bergambar setelah selesai majlis penyampaian permainan sukaneka dan perbarisan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TM NS Rawks!
ReplyDeleteKalau ramai kite ramai lagi ahli lagi best..Tp mesti yg spirit tahap Metro E, baru "mantobb"..
ReplyDelete