Sunday, May 17, 2009

Karnival ICT Sekolah 2009

17HB Mei - Negeri Sembilan merupakan lokasi yang ketiga bagi siri jelajah “Karnival ICT Sekolah” yang telah diadakan di SMK King George V di Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama di antara TM dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ismail Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga & Telekomunikasi, Negeri Sembilan.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Pn Hjh Ruhazah Mohd Salleh, Ketua Sektor Teknologi Maklumat (ICT) JPNS, mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, dan Tn Hj Zakaria bin Md Zin, Pengetua, Sek Men Keng King George V dan Mohd Azmi Ismail, Pengurus, Government Sales, TM.

Semasa majlis perasmian majlis telah menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah dan Pertandingan Multimedia Grafik.

Berikut adalah senarai pemenang :

Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Rendah

Johan – Sekolah Rendah Kebangsaan Petaseh (B)
Naib Johan - Sekolah Rendah Kebangsaan Pasoh 2 (F)
Ketiga - Sekolah Rendah Kebangsaan Palong 7 (F)


Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Menengah

Johan – Sekolah Menengah Teknik Ampangan
Naib Johan - Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang
Ketiga - Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 15 tahun

Johan - Aiman Daniel Bin Abul Khair, SMK King George V
Naib Johan – Kumpulan RCKSTR, SMK King George V
Ketiga - Muhd Ilham Ramadan B Jasmin, SMK Dato’ Hj Mohd Redza



Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 18 tahun

Johan – Kumpulan Razor, SMK King George V (Fail video terlalu besar, tidak dapat ditayangkan)
Naib Johan – Kumpulan MMT, SMK Lukut
Ketiga – Kumpulan Stars of Seri Jempol, SMK Sri Jempol


Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan untuk semua pengunjung program ini termasuk pertandingan exam online, pertandingan bola keranjang, pertandingan futsal, pertandingan internet explorace dan pertandingan PC Assemble.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis jemputan dari aizad (AF5) dan Suki (OIAM).

Karnival ini bertujuan untuk mendedahkan warga sekolah kepada faedah dan kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah di sekitar Seremban.


Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 15 tahun

Johan - Aiman Daniel Bin Abul Khair, SMK King George V

















Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 18 tahun

Johan – Kumpulan Razor, SMK King George V

















Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Rendah


Johan – Sekolah Rendah Kebangsaan Petaseh (B)

















Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Menengah

Johan – Sekolah Menengah Teknik Ampangan

No comments:

Post a Comment