JELEBU, 9 Mei - Kelab TM Negeri Sembilan di bawah kelolaan Biro Sosial dan Rekreasi telah menganjurkan "Pertandingan MOH POIE MANCING 2009" bertempat di U.K Fishing Paradise, Batu 19 ½, Kg. Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Pertandingan ini dibuka kepada semua anggota TM Negeri Sembilan dan juga ahli keluarga mereka. Pendaftaran peserta bermula pada jam 8 pagi sehingga pada jam 9 pagi. Seramai 74 peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan memancing ini.
Bayaran yang dikenakan untuk menyertai pertandingan ini adalah sebanyak RM 20 bagi anggota, dan sebanyak RM 10 bagi ahli keluarga anggota. Para peserta dikehendaki membawa joran dan umpan masing-masing.
Hadiah untuk pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Ikan Terberat (bersisik), Ikan Terberat (tidak bersisik), Ikan Terpantas dan Ikan Terberat (terkumpul).
Juara keseluruhan bagi pertandingan memancing ini jatuh kepada saudara Mohd Farhan yang berjaya dengan hasil tangkapan seberat 8.145 Kg.
Berikut adalah nama-nama pemenang bagi pertandingan memancing tersebut.
1. Saudara Mohd Nor Fahmi, Kategori Ikan Terpantas
2. Saudara Mohd Farhan, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Pertama
3. Saudara Mansor, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Ke-2
4. Saudara Mohd Aziz, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Ke-3
5. Saudara Rosli Abd. Rahman, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
6. Saudara M. Faizol, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
7. Saudara Marwan, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
8. Saudara Yahya, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
9. Saudara Mohd Fahmi, Kategori Ikan Terberat (T. Bersisik) – Pertama
10. Saudara Abd. Rahman, Kategori Ikan Terberat (T. Bersisik) – Ke-2
11. Puan Khasiah, Kategori Ikan Terberat (T. Bersisik) – Ke-3
Selain dari hadiah-hadiah pertandingan, para penganjur ada menyediakan hadiah bagi cabutan bertuah yang berupa hamper.
Klik Di Sini untuk melihat gambar-gambar kandid yang telah diambil.
( hanya untuk akses TM Intra sahaja )
Friday, May 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment