Friday, December 25, 2009

X’MAS CELEBRATION @ TM DI N9

Senawang, 25 – 27 Disember 2009 - Program "X’Mas celebration@ TM" di adakan sempena sambutan Hari Natal bertempat di hadapan pusat membeli belah Giant, Senawang.

Program di bawah kerjasama Consumer Sales, unit A& P dan TM Point Negeri Sembilan turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik di antaranya, persembahan Shuffle Dance, pemberian kek dan air kotak kepada pelanggan TM dan kehadiran Santa Claus memeriahkan program ini.

Tuesday, December 22, 2009

STREAMYX PARTY DI TMPOINT AUTHORIZED DEALER (TAD) N9

Nilai, 22-23 Disember 2009 - TM Negeri Sembilan dengan kerjasama Consumer Sales dan TM Point Authorized Dealer (TAD) telah mengadakan program Streamyx Party bertempat di TM Point Nilai.

Aktiviti kuiz turut di adakan dan pelanggan yang mengunjungi TM Point di hidangkan dengan jamuan ringan.



Thursday, December 17, 2009

PROGRAM TAD PARTNERSHIP “NET REACH @ TAD”

Seremban, 17 Dis - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama TM Point Negeri Sembilan, Unit A&P dan TM Point Authorized Dealership (TAD) telah menjalankan program kerjasama di antara pemilik-pemilik Kedai IT dan TAD yang di namakan "TAD Partnership Programme Net Reach @ TAD" bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini bertujuan untuk menambahkan jumlah "Point Of Sales” dan “Sales Channel” di Negeri Sembilan di samping meningkatkan jualan produk TM Negeri Sembilan.

Seramai 40 orang yang terdiri daripada pemilik kedai computer, pembekal alat keselamatan dan pemilik kedai telekomunikasi dari 4 kawasan di Negeri Sembilan, iaitu Bahau, Seremban, Senawang dan Nilai telah menghadiri dan mendengar taklimat program ini.

Selain itu, Mohd Roslan Haron, Pengurus Besar Bahagian TSSSB dan Wan Iskandar Hj Wan Taha, Penolong Pengurus Besar SME Indirect Channel Management turut bersama-sama menyertai program ini.

Tidak ketinggalan Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek juga turut menyertai dan memberikan ucapan kata-kata aluan kepada semua tetamu yang hadir.

Wednesday, December 2, 2009

BENGKEL PENAMPILAN DIRI ANJURAN TIARANITA NEGERI SEMBILAN DAN TMTC

Royale Bintang, Seremban - Tiaranita Negeri Sembilan dengan kerjasama Multimedia College Southern (TMTC) telah mengadakan Bengkel Penampilan Diri sesi pertama pada 19-20 Nov 2009 yang lepas.

Bengkel ini di hadiri oleh Presiden Tiaranita Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek dan 22 orang ahli Tiaranita dan bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan ahli mengenai penampilan dan keyakinan diri,tatacara pemakaian dan urusan perniagaan.

Sesi kedua bengkel ini akan di adakan pada bulan Disember 2009.