Friday, May 22, 2009

Labur RM 1 Bilion Perluas Jalur Lebar

TELEKOM Malaysia Berhad (TM), bekerjasama dengan Wi-Net Technology Sdn Bhd (Wi-Net), pembekal Prosarana Rangkaian (NFP) dan Pembekal Perkhidmatan Rangkaian (NSP) yang memiliki lesen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyediakan khidmat jalur lebar tanpa wayar seluruh negara.

Sehubungan itu, Wi-Net akan melabur RM 1 Bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang menerusi projek perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) TM berasaskan ethernet borong.

Ethernet ialah teknologi rangkaian komputer berasaskan kerangka untuk rangkaian kawasan tempatan.

TM akan menyediakan rangkaian utama kepada Wi-Net, bakal menyaksikan syarikat berkenaan menawarkan akses internet sehingga 20 MB per saat. (mbps)

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TM, Datuk Adnan Rofiee berkata kontrak itu bernilai RM 250 juta dan sedang berunding dengan lebih 10 penyedia perkhidmatan untuk pakej borong HSBB.

Ethernet borong TM dianggap pelaburan pintar menyediakan penyelesaian sambungan sempurna dan berskala dengan kos efektif.

"Ia menawarkan akses sambungan terjamin berkelajuan tinggi berdasarkan standard industri ethernet kelas pembawa merentas rangkaian kawasan metropolitan yang menyambungkannya kepada pelbagai lokasi di seluruh dunia," katanya selepas menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Ethernet Wholesale bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar wayarles Wi-Net iaitu Winet Broadband, di Kuala Lumpur, semalam.

Perjanjian ditandatangani Adnan dan Naib Presiden Eksekutif Wholesale, Rafaai Samsi bagi pihak TM manakalaWi-Net diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Wi-Net, Lee Wai Tuck dan Pengerusi Wi-Net HSBB Sdn Bhd, Datuk Haji Nawawi Ahmad.

No comments:

Post a Comment