Thursday, July 1, 2010

SESI “TEAMING WITH PASSION” UNTUK ANGGOTA TM NEGERI SEMBILAN


Sesi latihan ‘Teaming With Passion’ untuk anggota-anggota TM Negeri Sembilan Batch 1 hingga 5 telah diadakan dengan jayanya sepanjang bulan Jun 2010 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Program latihan anjuran pihak TM Training Center Selatan telah diketuai oleh ‘Master Trainer’ Tn Hj Yusof Husin bersama bantuan daripada ‘Angel’ serta ‘Angelo’ TMTC Zon Selatan TM Melaka. Seramai 257 orang anggota daripada jumlah keseluruhan 464 orang anggota TM Negeri Sembilan telah mengikuti sesi latihan tersebut sepanjang ia berlangsung bermula pada sesi pertama pada 24hb Mei 2010 sehingga sesi terakhir yang diadakan baru-baru ini pada 1hb Julai 2010. Rata-rata para anggota TM Negeri Sembilan kini semakin bersemangat bagi meneruskan perjuangan kearah mencapai matlamat meningkatkan prestasi kerja sepasukan dan seterusnya menaikkan kedudukan TM Negeri Sembilan ke tangga ke 4 keseluruhan berbanding negeri-negeri lain.

Monday, June 28, 2010

TM NEGERI SEMBILAN ANJUR “TM AMAZING RACE 2010 NEGERI SEMBILAN D’CULTURE CHALLENGE” BERSAMA PELANGGAN


TM Negeri Sembilan dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan telah menganjurkan program “TM Amazing Race 2010 Negeri Sembilan D’Culture Challenge” pada 25hb sehingga 27hb Jun 2010 untuk para pelanggan korporat dari segmen SME, Enterprise dan Kerajaan. Program ini merupakan satu pertandingan pengembaraan berkenderaan yang menggabungkan aktiviti-aktiviti yang mencabar keupayaan minda serta fizikal para peserta merentasi destinasi-destinasi pelancongan popular di Negeri Sembilan. Seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada 28 buah syarikat yang merupakan pelanggan korporat TM Negeri Sembilan termasuk 2 pasukan jemputan media mengambil bahagian dalam cabaran ini. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang peserta dalam setiap kenderaan. Program ini diadakan sebagai program penghargaan kepada para pelanggan korporat TM Negeri Sembilan dan juga sebagai platform bagi merapatkan lagi hubungan baik di antara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Program ini yang mendapat kerjasama pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan, turut membantu inisiatif kerajaan Negeri Sembilan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan menarik di Negeri Sembilan. Program ini mendedahkan para peserta dengan keunikan budaya serta keindahan destinasi pelancongan di Negeri Sembilan. Para peserta diberi set soalan yang perlu dijawab sepanjang perjalanan, mencari harta karun yang tersembunyi serta melakukan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sinonim dengan adat resam Negeri Sembilan.

Majlis perlepasan peserta program telah disempurnakan oleh Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan dan juga Hishamuddin Mustaffa, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada 26hb Jun 2010 di tempat letak kereta restoran A&W Seremban jam 7.30 pagi dan cabaran peserta berakhir di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson di sebelah petang. Disamping mencari harta karun dan menjawab soalan-soalan berkenaan kebudayaan Negeri Sembilan serta produk TM, para peserta telah melalui pelbagai cabaran seperti bermain gasing di Taman Budaya Seremban, menempuh aktiviti air dan cabaran ‘Fear Factor’ di Jeram Toi, Kuala Klawang dan melakukan aktiviti kebudayaan di Muzium Adat, Kuala Klawang. Para peserta turut dikehendaki melayari laman web TM melalui perkhidmatan Jelebu Hotzone yang terdapat disekitar pekan Kuala Klawang dan menjawab beberapa soalan berkenaan produk dan perkhidmatan TM. Di perkampungan Inap Desa Lonek, para peserta dihidangkan dengan lauk pauk tradisi dan dikehendaki melakukan tarian kebudayaan dihadapan khalayak ramai. Para peserta seterusnya telah meneruskan perjalanan ke Johol dan Tampin sebelum mengharungi cabaran di Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas, cabaran ‘Go-Kart’ di Extreme Park, Muzium Tentera Port Dickson dan menggali harta karun yang tertanam di pantai sebelum mengakhiri cabaran di Avillion Admiral Cove Resort, Port Dickson.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Sabtu, 26hb Jun 2010 di Avillion Admiral Cove Resort, Port Dickson dalam satu majlis makan malam yang bertemakan ”Pirates of the Carribean”. Pasukan jemputan daripada Tourism Malaysia, telah berjaya memenangi tempat pertama dan membawa pulang hadiah barangan elektrik bernilai RM 3,000.00. Tempat kedua pula diraih oleh Syarikat Samsung (M) Sdn. Bhd yang merupakan pelanggan korporat segmen Enterprise TM Negeri Sembilan telah membawa pulang hadiah barangan elektri bernilai RM 2,000.00. Pelanggan segmen SME TM iaitu Syarikat Xyratex (M) Sdn. Bhd pula ditempat ketiga dengan membawa pulang hadiah barangan elektrik bernilai RM 1,000.00. Para pelanggan turut dihiburkan dengan penampilan istimewa artis undangan ’Aizat & The Band’ semasa majlis makan malam tersebut berlangsung.

Sunday, June 27, 2010

MAJLIS PENYERAHAN NETBOOK PAKEJ JALUR LEBAR DENGAN NETBOOK UNTUK PESERTA KURSUS DI JELEBU, NEGERI SEBILAN


Pihak TM Negeri Sembilan melalui unit Consumer Sales telah mengadakan kaunter jualan serta memberikan sesi taklimat bagi mempromosikan pakej jalur lebar dengan netbook semasa Majlis Penutup Kursus Asas Internet dan E-Mail untuk Ketua Cawangan UMNO serta Pengerusi JKKK Daerah Jelebu anjuran UMNO Bahagian Jelebu pada 27hb Jun 2010 bertempat di Dewan Syarahan, Kolej Komuniti Jelebu. Semasa majlis perasmian penutup kursus, YBhg. Datuk Hj. Jalaludin Bin Hj. Alias, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu telah sudi menyampaikan ‘mock netbook’ kepada 10 peserta yang telah melanggan pakej jalur lebar dengan netbook semasa kursus tersebut berlangsung. Turut hadir pada majlis tersebut Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan serta R. Sugumaran, Pengurus Consumer Sales TM Negeri Sembilan. Seramai 74 orang peserta telah menghadiri kursus asas tersebut dan pihak Consumer Sales turut beberapa permohonan serta memberikan maklumat berkenaan kepada para peserta yang berminat untuk melanggan pakej tersebut. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu memberi komitmen bahawa semua Ketua Cawangan UMNO Jelebu dan Pengerusi JKKK Daerah Jelebu akan melanggan pakej jalur lebar dengan netbook selaras dengan objektif memantapkan lagi jalinan komunikasi antara semua cawangan dan juga JKKK di daerah Jelebu.

Friday, June 4, 2010

Lawatan GCEO dan Barisan Pengurusan Kanan TM ke TOP Pilot Project Negeri Sembilan pada 4hb Jun 2010




Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa bersama barisan pengurusan kanan TM telah mengadakan lawatan ke TM Negeri Sembilan yang merupakan ‘Pilot Project’ untuk Projek TOP (Towards Operational Perfection). Turut bersama delegasi tersebut adalah Dato’ Bazlan Osman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Giorgio Migliarina, Chief Technology and Innovation Officer, En Mohd Khalis Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan, Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif Government Sales, En Jaafar Majid, Presiden NUTE dan barisan pengurusan kanan TM.

Dato’ Zam serta barisan pengurusan kanan TM telah dibawa melawat ke Ibusawat Rasah Jaya yang menempatkan Unit iCare, RCC & LMG, SAF Network Operation serta Unit Network Development TM Negeri Sembilan. Dato’ Zam juga telah sudi merasmikan pejabat Unit iCare Negeri Sembilan yang baru sahaja ditubuhkan di Negeri Sembilan dan juga Pejabat Unit RCC/LMG yang buat pertama kalinya telah diletakkan dibawah satu bumbung melalui inisiatif projek TOP ini. Sesi lawatan serta penerangan yang diadakan oleh TOP Change Leaders dan juga pihak McKinsey Consultancy telah memberi peluang kepada barisan pengurusan kanan TM untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Projek TOP dan juga impak inisiatif ini kearah kecemerlangan operasi khususnya bagi ‘DEL Fulfillment’ dan ‘DEL Assurance’.

Pada sebelah malam, barisan pengurusan kanan TM serta anggota-anggota yang terlibat secara langsung dalam projek TOP telah disambut dalam satu Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan telah merakamkan penghargaan kerana memilih TM Negeri Sembilan sebagai pusat kecemerlangan dan juga sebagai contoh kepada negeri-negeri lain sebelum Projek TOP ini dilancarkan di seluruh negara. Dato’ Zam juga telah sudi menyampaikan hadiah penghargaan kecemerlangan yang disediakan oleh pihak Human Capital kepada 6 orang anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 bulan projek ini dilaksanakan. Senarai Pemenang adalah seperti berikut:

1. Anugerah Produktivi Tertinggi bagi Agen RCC : Norfaiz Alias, RCC Unit, CSM.

2. Anugerah Produktiviti Tertinggi Kumpulan NS Utara: Abdul Rahman Hashim, SAF Network Operation

3. Anugerah Pengguna Sistem Sipikat Tertinggi: Abdul Kadir Bin Majid, SAF Network Operation

4. Anugerah ‘Fastest Backlog Clearance’ : Azmi Lajis, SAF Network operation

5. Anugerah Pengurusan Unit iCare yang baru ditubuhkan: Zanariah Ali, iCare

6. ‘Leadership of DEL Fulfillment Value Stream’: Syaiful Nizam Katimon, Manager CSM TM Negeri Sembilan.

Barisan pengurusan kanan TM kini yakin bahawa projek TOP akan membuka lembaran baru dalam perubahan proses kerja syarikat ‘Ke Arah Kecemerlangan Operasi’!

Sunday, May 30, 2010

Keratan Akhbar - Infobelia Matangkan Komunikasi



SISTEM INFO BELIA merupakan sistem komunikasi yang bakal menghubungkan lebih 450,000 orang belia di seluruh Negeri Sembilan dengan makluman terbaru secara terus daripada pihak kerajaan Negeri Sembilan. Sistem ini telah dibangunkan secara 'Customize' oleh pihak Telekom Malaysia Negeri Sembilan dan dikawal selia oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan. Sehingga kini lebih 60,000 belia telah mendaftarkan diri dalam database Sistem Info Belia Negeri Sembilan.

TM 10 Million Kick Challenge di Jusco, Seremban 2, Negeri Sembilan pada 28hb - 30hb Jun 2010



Mohd Ezani Ab Hamid (kiri) dari Kota Bharu, Kelantan, pemenang cabaran ‘TM 10 Million Ringgit Kick Challenge’ edisi Negeri Sembilan bersempena dengan siri jelajah ‘TM’s World Football Heroes’ dan juga merupakan pemegang rekod jaringan gol terbanyak (64 gol) bersama Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar, TM Negeri Sembilan (tengah) dan Mohd Azmi Mohd Shah, Penolong Pengurus Besar Pengurusan Acara Sukan TM (kanan).

Cabaran ‘TM Million Kick’ anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) kali ini telah menyaksikan seorang pelanggan TM dinobatkan sebagai Juara Peringkat Negeri yang diadakan sempena siri jelajah karnival “TM World Football Heroes” yang berlangsung pada 28 – 30 Mei 2010 di AEON Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan. Cabaran ‘TM Million Kick Challenge’ mengajak peserta menguji kemahiran mereka menjaringkan gol bagi merebut peluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dan seterusnya berpeluang memenangi RM1 juta pada pusingan akhir di Kuala Lumpur.

Hadir di acara tersebut bagi menyampaikan hadiah ialah Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM, Negeri Sembilan dan juga Mohd Azmi Mohd Shah, Penolong Pengurus Besar Sports Event Management TM.

Tarikan utama semasa di karnival tersebut adalah TM 10 Million Ringgit Kick Challenge di mana sebanyak 980 peserta telah menguji kemahiran bolasepak mereka untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000. Pemenang karnival edisi Negeri Sembilan ini, Mohd Ezani Ab Hamid, yang berjaya memecahkan rekod terkini jumlah jaringan gol terbanyak dalam masa 2 minit iaitu sebanyak 64 gol kini berpeluang untuk turut memenangi RM1 juta pada acara peringkat akhir yang akan diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2010.

Saturday, May 29, 2010

Keratan Akhbar - Majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar Bersama Netbook di Jelebu





TM Negeri Sembilan Penaja Aktiviti Sukan Sempena Perhimpunan Hari Belia peringkat Negeri Sembilan 2010 pada 29hb Mei 2010



Pihak TM Negeri Sembilan telah mengadakan kerjasama sebagai salah satu penaja aktiviti sukan sempena dengan Perhimpunan Hari Belia peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 29hb Mei 2010. Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan telah menyerahkan cek sumbangan penajaan berjumlah RM 5,000.00 kepada YAB Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan semasa majlis perasmian yang diadakan di Kompleks Belia & Sukan, Paroi, Negeri Sembilan. Perhimpunan Hari Belia ini berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada persatuan-persatuan belia dari seluruh Negeri Sembilan. Pihak Government Sales TM Negeri Sembilan telah menaja acara sukan Bola Keranjang ‘3 on3’ yang telah menarik penyertaan sebanyak lebih 50 pasukan bertanding dalam pelbagai kategori. Pihak Consumer Sales Negeri Sembilan telah mengadakan kaunter jualan di tapak karnival Hari Belia Negeri Sembilan dan juga kaunter TM On Wheel sepanjang karnival berlangsung selama 2 hari. Turut diadakan adalah kaunter keahlian bagi Sistem Infobelia yang merupakan salah satu platform komunikasi yang dibangunkan oleh pihak TM Negeri Sembilan untuk pihak Kerajaan Negeri Sembilan berhubung dengan lebih 100,000 para belia yang telah mendaftarkan sehingga kini.

Thursday, April 29, 2010

TM Negeri Sembilan Sertai Karnival ICT Sekolah di Rantau, Negeri Sembilan






Pada 29hb April 2010, pihak Marketing Communication TM Government Ibu Pejabat, Government Sales dan Consumer Sales TM Negeri Sembilan telah menyertai Karnival ICT Sekolah anjuran pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia serta pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Rantau, Negeri Sembilan. Antara syarikat-syarikat yang turut terlibat mengadakan pameran serta aktiviti adalah Maxis, Digi, Celcom dan juga Syarikat Minang. TM merupakan penaja rasmi perkhidmatan jalur lebar ‘Wireless Streamyx Zone’ untuk digunakan oleh para pengunjung di tapak karnival.

Pihak Marketing Communication TM Government telah menganjurkan program ‘School Got Talent’ yang berjaya menarik minat lebih 30 penyertaan daripada sekolah-sekolah di sekitar daerah Rantau. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan telah sudi menyampaikan hadiah serta sijil-sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pencarian bakat yang ditayangkan melalui laman web www.bluehyppo.com/kidztv/. Semasa lawatan beliau ke kaunter jualan TM, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Puan Salmah Mohd Taufek telah memberikan penerangan berkenaan pakej terbaru TM iaitu Streamyx Cool Unipack serta Blockbuster Deal. Beliau turut dibawa menaiki kenderaan TMPoint-On-Wheel yang turut memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di tapak karnival. Turut hadir sama adalah Puan Zainon Hj Ahmad, Penolong Pengurus Besar Government Sales TM Ibu Pejabat dan Mohd Azmi Ismail, Pengurus Government Sales TM Negeri Sembilan. Pihak Consumer Sales TM Negeri Sembilan telah berjaya meraih sebanyak RM 26,712.00 melalui aktiviti jualan yang diadakan semasa karnival tersebut berlangsung.

Friday, April 9, 2010

TM NEGERI SEMBILAN GEGARKAN SEREMBAN PARADE BERSAMA THR RAAGA FUN TOUR




Pihak Consumer Sales TM Negeri Sembilan telah mengadakan “TM Blockbuster THR Raaga Fun Tour bersama THR Raaga” Stesen radio Tamil Nombor 1 di Malaysia pada 9-11 April 2010, bertempat di Seremban Parade, Seremban. Karnival selama tiga hari ini telah di penuhi pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah menarik yang turut ditawarkan pelanggan bertuah yang berpeluang makan malam bersama para penyampai radio THR Raaga, baju-T eksklusif TM Blockbuster Raaga Fun Tour, ear-piece dan folder eksklusif TM. Lebih 2,000 orang pengunjung telah membanjiri Concourse Area, Seremban Parade bagi menyaksikan persembahan artis-artis India tempatan seperti Kumaresan, Anantha, Keeran, One Nation Emcees dan The Fabulous Cats. Seramai 40 orang peserta telah mempamerkan bakat tarian yang tersendiri dalam pertandingan tarian terbuka yang turut menampilkan penampilan istimewa daripada Chelvam, anggota dari Unit Network Operation, TM NS disamping persembahan Badut serta Michael Jakcson Impersonator turut menghangatkan suasana.

Turut diadakan adalah Majlis Pelancaran pakej TM Blockbuster Deal peringkat Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Consumer Sales dengan kehadiran R. Sugumaran, Pengurus Consumer Sales TM Negeri Sembilan dan Nor Hashimah Nekmat, Pengurus Sponsorship Events & Exhibition, Marcomm Consumer Sales Ibupejabat. Pihak Consumer Sales TM Negeri Sembilan berjaya meraih hasil jualan berjumlah RM 349,778.00 selama 3 hari karnival berlangsung.

Friday, March 26, 2010

MAJLIS MALAM ANUGERAH TM NS 2009 26HB MAC 2010 DI PERMAISURI RESORT, PORT DICKSON




Majlis Anugerah dan Malam Mesra TM Negeri Sembilan edisi ke 4 telah diadakan pada 26hb Mac 2010 bertempat di Permaisuri Resort, Port Dickson dengan kehadiran lebih 400 orang anggota TM Negeri Sembilan serta jemputan daripada pihak kerajaan negeri. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menghargai usaha para anggota TM Negeri Sembilan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009 dan juga meraikan seramai 19 orang pesara-pesara TM Negeri Sembilan. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Ismail Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi Negeri Sembilan yang telah sudi merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada para anggota. Beberapa kategori anugerah telah disampaikan kepada lebih 60 orang anggota yang telah dipilih oleh pihak jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Puan Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Puan Shanti Jusnita Johari, Naib Presiden Eksekutif SME, Puan Hamidah Mahmud, Naib Presiden Consumer Sales, En Abdul Latib Tokimin, Naib Presiden Centre Of Excellence Technology, En Radin Yahya Radin Salim, Pengurus Besar Network Operation Southern Region, Dato’ Sharif Zaimi Abu Hashim, Pengurus Besar Human Capital Business Partner, En Azhar Mustapha, Pengurus Besar State Consumer Sales dan En Mohd Jafar Abd Majid, Presiden, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE).

Para tetamu telah dihidangkan dengan persembahan tarian “Modern Dance” daripada anggota-anggota, persembahan “War Cry TM NS” daripada ‘TM NS Warriors’ disamping penampilan artis undangan iaitu Saleem menceriakan lagi suasana majlis pada malam tersebut.

Sunday, March 14, 2010

BLOCKBLUSTER DEAL DI TERMINAL ONE, SEREMBAN

Seremban, 13-14 Mac - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama SP dan SCM telah mengadakan kaunter jualan Blockbluster Dear di Terminal One, Seremban.

Kaunter ini di buka bagi mempromosikan produk TM yang baru di lancarkan baru-baru ini iaitu Blockbluster Deal kepada pengunjung-pengunjung Terminal One dan pelanggan TM.

Wednesday, January 27, 2010

STREAMYX PARTY DI TERUSKAN DI TM POINT BAHAU

Bahau, 26-27 Januari - TM Negeri Sembilan dengan kerjasama Consumer Sales dan TM Point Authorized Dealer (TAD) telah mengadakan program Streamyx Party @ TAD Bahau bertempat di TM Point Bahau.

Aktiviti kuiz turut di adakan dan pelanggan yang mengunjungi TM Point di hidangkan dengan jamuan ringan.

Tuesday, January 26, 2010

JOM CARI JOM DI NEGERI SEMBILAN

Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama SP, TM Point dan para anggota TM Negeri Sembilan telah mengadakan program sales hunt “ Jom Cari Jom” pada 24-25 Januari 2010 di seluruh Negeri Sembilan.

Program Jom Cari Jom yang di jalankan selama dua hari ini di sertai seramai 77 anggota TM dan agen-agen berdaftar meredah rumah-rumah pelanggan di sekitar seluruh daerah Negeri Sembilan.

Sesi pelepasan peserta di sempurnakan oleh Pengurus Consumer Sales, R.Sugumaran dan Pengurus Sales Channel Management, Siti Yusridah Md. Yusof di perkarangan Ibusawat Seremban pada jam 9.00 pagi.

Consumer Sales Negeri Sembilan turut mengadakan sesi “makan durian dan buah-buahan” dan karaoke demi meraikan kejayaan dan sokongan anggota TM dan agen-agen berdaftar dalam menjayakan program ini.

Wednesday, January 20, 2010

TAKLIMAT PROMOSI STREAMYX COOL UNIPACK DI UiTM

Kuala Pilah, 20 Januari 2010 - Consumer Sales Negeri Sembilan telah mengadakan taklimat produk TM bagi mempromosi pakej pelajar "Streamyx Cool Unipack" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah.

Tiga sesi taklimat di berikan kepada para pelajar dan kaunter jualan turut di adakan selepas sesi taklimat.

Sambutan yang di terima amat menggalakkan dari para pelajar UiTM.

Seramai 76 pelajar UiTM telah memohon pakej tersebut dan bakal menerima Netbook Percuma dari HP.

Monday, January 4, 2010

TM Cyber Craze @ JUSCO Seremban 2

Sempena Menyambut Tahun Baru 2010, TM Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Hebat yang dikenali sebagai TM Cyber Craze bagi mempromosikan produk-produk TM. Program TM Cyber Craze ini akan berlangsung seperti di bawah:

Lokasi : Ruang Legar JUSCO Seremban2

Masa : 10 pagi hingga 10.00 malam

Tarikh : 5hb Jan - 10 hb Jan 2010

Pelbagai promosi dan tawaran hebat dari TM akan ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan TM. Di antara promosi tersebut adalah;


1) PERMOHONAN TELEFON
Pengecualian RM 50 bayaran pendawaian & RM 50 bayaran pemasangan.

2)
PERMOHONAN STREAMYX
Pengecualian RM 75 yuran pengaktifan , RM 88 pemasangan dan Modem Wifi Percuma.

3)
Upgrade Streamyx
Untuk pelanggan setia TM menawarkan pakej tambahan RM5 untuk menikmati kelajuan yang lebih tinggi.

4)
Dapatkan PERCUMA PC
Dengan melanggan Streamyx 1Mbps pada harga RM99 sebulan melalui Promosi Gaya Hidup Digital (BBPC).

5)
SME…..

Pelbagai aktiviti dan persembahan seperti Tarian Shuffle , Hip Hop, pertunjukan Badut dan Silap Mata akan memeriahkan lagi TM Cyber Craze.

Temui kami di TM Cyber Craze di Jusco Seremban 2 untuk mendapatkan hadiah menarik dengan menyertai aktiviti yang bakal di sajikan kepada ANDA.