Tuesday, September 15, 2009

KAUNTER JUALAN DI AMBANG AIDIL FITRI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA DI SEREMBAN

Seremban, 11 – 13 Sept - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama SP, SCM, TM Point dan CMU telah mengadakan kaunter jualan Aidilfitri bertempat di Terminal One, Seremban.

Kaunter jualan dinamakan “ Di Ambang Aidilfitri” diadakan bertujuan untuk meningkatkan jualan Streamyx dan Del serta meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi bersama pelanggan-pelanggan TM.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, di antaranya pertandingan Mengikat Sampin Lelaki, pertandingan Teka Lagu Raya dan pemberian angpau raya kepada kanak-kanak dan pengunjung Terminal One.