Wednesday, May 20, 2009

AKTIVITI BIRO EKONOMI DAN PERNIAGAAN TIARANITA

Tiaranita Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti jualan pada 16 Mei – 17 Mei 2009 sempena dua program “ Mini Karnival Sukan Kelab TM NS” dan “ Karnival ICT Sekolah 2009.

Beberapa ahli Tiaranita telah bertungkus lumus menyediakan makanan sarapan pagi dan tengahari kepada 80 ahli Kelab TM NS yang menyertai Mini Karnival Sukan, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

Selain itu, ahli biro Ekonomi juga ahli Tiaranita yang lain turut menjual makanan dan minuman di Sekolah Menengah King George V, Seremban pada 17 Mei 2009.

Sambutan jualan amat menggalakkan dari pengunjung karnival ini khususnya para pelajar sekolah yang menyertai aktiviti – aktiviti di sekolah tersebut.

No comments:

Post a Comment