Friday, March 26, 2010

MAJLIS MALAM ANUGERAH TM NS 2009 26HB MAC 2010 DI PERMAISURI RESORT, PORT DICKSON




Majlis Anugerah dan Malam Mesra TM Negeri Sembilan edisi ke 4 telah diadakan pada 26hb Mac 2010 bertempat di Permaisuri Resort, Port Dickson dengan kehadiran lebih 400 orang anggota TM Negeri Sembilan serta jemputan daripada pihak kerajaan negeri. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menghargai usaha para anggota TM Negeri Sembilan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009 dan juga meraikan seramai 19 orang pesara-pesara TM Negeri Sembilan. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Ismail Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi Negeri Sembilan yang telah sudi merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada para anggota. Beberapa kategori anugerah telah disampaikan kepada lebih 60 orang anggota yang telah dipilih oleh pihak jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Puan Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Puan Shanti Jusnita Johari, Naib Presiden Eksekutif SME, Puan Hamidah Mahmud, Naib Presiden Consumer Sales, En Abdul Latib Tokimin, Naib Presiden Centre Of Excellence Technology, En Radin Yahya Radin Salim, Pengurus Besar Network Operation Southern Region, Dato’ Sharif Zaimi Abu Hashim, Pengurus Besar Human Capital Business Partner, En Azhar Mustapha, Pengurus Besar State Consumer Sales dan En Mohd Jafar Abd Majid, Presiden, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE).

Para tetamu telah dihidangkan dengan persembahan tarian “Modern Dance” daripada anggota-anggota, persembahan “War Cry TM NS” daripada ‘TM NS Warriors’ disamping penampilan artis undangan iaitu Saleem menceriakan lagi suasana majlis pada malam tersebut.

Sunday, March 14, 2010

BLOCKBLUSTER DEAL DI TERMINAL ONE, SEREMBAN

Seremban, 13-14 Mac - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama SP dan SCM telah mengadakan kaunter jualan Blockbluster Dear di Terminal One, Seremban.

Kaunter ini di buka bagi mempromosikan produk TM yang baru di lancarkan baru-baru ini iaitu Blockbluster Deal kepada pengunjung-pengunjung Terminal One dan pelanggan TM.