Sunday, May 30, 2010

Keratan Akhbar - Infobelia Matangkan Komunikasi



SISTEM INFO BELIA merupakan sistem komunikasi yang bakal menghubungkan lebih 450,000 orang belia di seluruh Negeri Sembilan dengan makluman terbaru secara terus daripada pihak kerajaan Negeri Sembilan. Sistem ini telah dibangunkan secara 'Customize' oleh pihak Telekom Malaysia Negeri Sembilan dan dikawal selia oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan. Sehingga kini lebih 60,000 belia telah mendaftarkan diri dalam database Sistem Info Belia Negeri Sembilan.

TM 10 Million Kick Challenge di Jusco, Seremban 2, Negeri Sembilan pada 28hb - 30hb Jun 2010



Mohd Ezani Ab Hamid (kiri) dari Kota Bharu, Kelantan, pemenang cabaran ‘TM 10 Million Ringgit Kick Challenge’ edisi Negeri Sembilan bersempena dengan siri jelajah ‘TM’s World Football Heroes’ dan juga merupakan pemegang rekod jaringan gol terbanyak (64 gol) bersama Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar, TM Negeri Sembilan (tengah) dan Mohd Azmi Mohd Shah, Penolong Pengurus Besar Pengurusan Acara Sukan TM (kanan).

Cabaran ‘TM Million Kick’ anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) kali ini telah menyaksikan seorang pelanggan TM dinobatkan sebagai Juara Peringkat Negeri yang diadakan sempena siri jelajah karnival “TM World Football Heroes” yang berlangsung pada 28 – 30 Mei 2010 di AEON Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan. Cabaran ‘TM Million Kick Challenge’ mengajak peserta menguji kemahiran mereka menjaringkan gol bagi merebut peluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dan seterusnya berpeluang memenangi RM1 juta pada pusingan akhir di Kuala Lumpur.

Hadir di acara tersebut bagi menyampaikan hadiah ialah Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM, Negeri Sembilan dan juga Mohd Azmi Mohd Shah, Penolong Pengurus Besar Sports Event Management TM.

Tarikan utama semasa di karnival tersebut adalah TM 10 Million Ringgit Kick Challenge di mana sebanyak 980 peserta telah menguji kemahiran bolasepak mereka untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000. Pemenang karnival edisi Negeri Sembilan ini, Mohd Ezani Ab Hamid, yang berjaya memecahkan rekod terkini jumlah jaringan gol terbanyak dalam masa 2 minit iaitu sebanyak 64 gol kini berpeluang untuk turut memenangi RM1 juta pada acara peringkat akhir yang akan diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2010.

Saturday, May 29, 2010

Keratan Akhbar - Majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar Bersama Netbook di Jelebu





TM Negeri Sembilan Penaja Aktiviti Sukan Sempena Perhimpunan Hari Belia peringkat Negeri Sembilan 2010 pada 29hb Mei 2010



Pihak TM Negeri Sembilan telah mengadakan kerjasama sebagai salah satu penaja aktiviti sukan sempena dengan Perhimpunan Hari Belia peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 29hb Mei 2010. Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan telah menyerahkan cek sumbangan penajaan berjumlah RM 5,000.00 kepada YAB Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan semasa majlis perasmian yang diadakan di Kompleks Belia & Sukan, Paroi, Negeri Sembilan. Perhimpunan Hari Belia ini berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada persatuan-persatuan belia dari seluruh Negeri Sembilan. Pihak Government Sales TM Negeri Sembilan telah menaja acara sukan Bola Keranjang ‘3 on3’ yang telah menarik penyertaan sebanyak lebih 50 pasukan bertanding dalam pelbagai kategori. Pihak Consumer Sales Negeri Sembilan telah mengadakan kaunter jualan di tapak karnival Hari Belia Negeri Sembilan dan juga kaunter TM On Wheel sepanjang karnival berlangsung selama 2 hari. Turut diadakan adalah kaunter keahlian bagi Sistem Infobelia yang merupakan salah satu platform komunikasi yang dibangunkan oleh pihak TM Negeri Sembilan untuk pihak Kerajaan Negeri Sembilan berhubung dengan lebih 100,000 para belia yang telah mendaftarkan sehingga kini.