Monday, May 25, 2009

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 44

Merujuk kepada notis mesyuarat agung yang telah dikeluarkan sebelum ini, ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb Mei 2009 (Khamis)

Masa : 8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengah Hari

Tempat : Dewan Sri Minang Pej. Risda Negeri Jalan Mufti Ahmad, Medan Rahang, S'ban


Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Ucapan Puan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan

  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 43 Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2007/2009

  3. Perkara-perkara berbangkit

  4. Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti-aktiviti Kelab bagi Sesi 2007/2009

  5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2008

  6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab TM Negeri Sembilan bagi Sesi 2007/2009

  7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2009/2011

  • 1 Orang Timbalan Presiden

  • 4 Orang Naib Presiden

  • 1 Orang Timbalan Setiausaha Kehormat

  • 1 Orang Bendahari Kehormat

  • 1 Orang Penolong Bendahari Kehormat

  • 4 Orang Penolong Setiausaha

  • 5 Orang Ahli Jawatankuasa

  1. Memilih 2 orang Pemeriksa Kira-Kira

  2. Memilih 2 orang Pengamanah

  3. Membincang, menerima dan meluluskan usul-usul bertulis (jika ada)

  4. Ucapan Penangguhan oleh Puan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan

Aturcara Mesyuarat:

8.30 Pagi : Pendaftaran kehadiran ahli

9.00 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Kristal

9.10 Pagi : Ucapan Pembukaan oleh Puan Presiden Kelab TM NS

9.15 Pagi : Majlis Penyampaian Hadiah Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan

9.30 Pagi : Jamuan Ringan

10.00 Pagi : Agenda Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 sesi 2009/20011

11.30 Pagi : Cabutan Bertuah

12.00 Tgh hari : Pemberian Cenderahati Kepada Ahli-Ahli


Sehubungan dengan itu, sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang usul yang ingin dikemukakan semasa Mesyuarat Agung tersebut, bolehlah menghantar usul tersebut mengikut format yang disertakan bersama kepada saya melalui email azriaziz@tm.com.my sebelum 25hb Mei 2009.

Kehadiran ahli-ahli Kelab TM Negeri Sembilan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dan Salam Hormat.


Mohammad Azri Bin A. Aziz
Setiausaha Kehormat Kelab TM Negeri Sembilan


Lampiran untuk dimuat-turun : Borang Usul (hanya untuk akses TM intranet sahaja)


No comments:

Post a Comment