Friday, June 4, 2010

Lawatan GCEO dan Barisan Pengurusan Kanan TM ke TOP Pilot Project Negeri Sembilan pada 4hb Jun 2010




Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa bersama barisan pengurusan kanan TM telah mengadakan lawatan ke TM Negeri Sembilan yang merupakan ‘Pilot Project’ untuk Projek TOP (Towards Operational Perfection). Turut bersama delegasi tersebut adalah Dato’ Bazlan Osman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Giorgio Migliarina, Chief Technology and Innovation Officer, En Mohd Khalis Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan, Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif Government Sales, En Jaafar Majid, Presiden NUTE dan barisan pengurusan kanan TM.

Dato’ Zam serta barisan pengurusan kanan TM telah dibawa melawat ke Ibusawat Rasah Jaya yang menempatkan Unit iCare, RCC & LMG, SAF Network Operation serta Unit Network Development TM Negeri Sembilan. Dato’ Zam juga telah sudi merasmikan pejabat Unit iCare Negeri Sembilan yang baru sahaja ditubuhkan di Negeri Sembilan dan juga Pejabat Unit RCC/LMG yang buat pertama kalinya telah diletakkan dibawah satu bumbung melalui inisiatif projek TOP ini. Sesi lawatan serta penerangan yang diadakan oleh TOP Change Leaders dan juga pihak McKinsey Consultancy telah memberi peluang kepada barisan pengurusan kanan TM untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Projek TOP dan juga impak inisiatif ini kearah kecemerlangan operasi khususnya bagi ‘DEL Fulfillment’ dan ‘DEL Assurance’.

Pada sebelah malam, barisan pengurusan kanan TM serta anggota-anggota yang terlibat secara langsung dalam projek TOP telah disambut dalam satu Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan telah merakamkan penghargaan kerana memilih TM Negeri Sembilan sebagai pusat kecemerlangan dan juga sebagai contoh kepada negeri-negeri lain sebelum Projek TOP ini dilancarkan di seluruh negara. Dato’ Zam juga telah sudi menyampaikan hadiah penghargaan kecemerlangan yang disediakan oleh pihak Human Capital kepada 6 orang anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 bulan projek ini dilaksanakan. Senarai Pemenang adalah seperti berikut:

1. Anugerah Produktivi Tertinggi bagi Agen RCC : Norfaiz Alias, RCC Unit, CSM.

2. Anugerah Produktiviti Tertinggi Kumpulan NS Utara: Abdul Rahman Hashim, SAF Network Operation

3. Anugerah Pengguna Sistem Sipikat Tertinggi: Abdul Kadir Bin Majid, SAF Network Operation

4. Anugerah ‘Fastest Backlog Clearance’ : Azmi Lajis, SAF Network operation

5. Anugerah Pengurusan Unit iCare yang baru ditubuhkan: Zanariah Ali, iCare

6. ‘Leadership of DEL Fulfillment Value Stream’: Syaiful Nizam Katimon, Manager CSM TM Negeri Sembilan.

Barisan pengurusan kanan TM kini yakin bahawa projek TOP akan membuka lembaran baru dalam perubahan proses kerja syarikat ‘Ke Arah Kecemerlangan Operasi’!

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kejadian ni dah penah berlaku time aku blaja kat T'ganu dulu, aku dan kawan-kawan sewa umah, dalam umah tu dah ada tepon, TM Home Prepaid, so kitaorang gunakan phone tu untuk connect ngan streamyx, tak sampai 3 bulan pakai, sorang member aku terima call dari tepon rumah tu dari pihak Telekom Malaysia suh bayar denda RM250 sebab tak topup akaun TM Home Prepaid tu. Then member aku cakap, tak de surat nak bayar atas dasar apa, si operator TM tu jawab, kami akan pos surat.

    Beberapa hari kemudian sampai la surat dari Telekom Malaysia yang mengarahkan supaya owner rumah tu bayar denda sebanyak RM250, so kitaorang contact owner rumah, owner rumah ingatkan kitaorang punca kena denda tu, tp lepas discuss elok2 dia sendiri pegi TM Point terdekat dan bertanyakan tentang masalah ni, dia cakap line TM Home Prepaid tu dah dekat 2 tahun lebih kena potong, apasal lak sekarang nak kena bayar denda sebab tak beli topup, kenapa tak antar surat peringatan ke, apa ke, mana agreement yang cakap kalau tak beli topup TM Home Prepaid kena denda, owner rumah aku ni lawyer, dia pandai la main prosedur ni dan memang logik pun sebab pihak Telekom Malaysia tak leh tunjuk pun apa2 dokument atau Terms pasal kalau tak beli topup TM Home Prepaid akan dikenakan denda. Last pihak Telekom Malaysia suruh abaikan je surat2 denda tu (Dah kalah la tu....:(scam))

    Ni berlaku plak kat rumah aku kat kampung, mak aku cakap ada orang telekom call suruh aku bayar denda sebanyak RM150 sebelum 20/12.2008 kerana tak beli topup TM Home Prepaid selama 5 bulan.
    Yang peliknya line telefon rumah aku dah kena potong lebih setahun lepas, so aku call 100, tanya pasal benda ni, customer service diorang pun tak pasti, lepas disambung dari satu pegawai ke satu pegawai diorang cakap maybe aku kena denda sebab guna talian tu untuk connect ke streamyx, apa hal pulak kat kampung yang kena denda sedangkan aku guna streamyx kat rumah sewa aku kat putrajaya, tak penah sekali pun aku connect streamyx kat umah aku kat kampung tuh. Aku juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang bayaran denda tanpa surat dari pihak TM.

    So aku ckap kat mak aku tunggu sampai surat sampai dulu baru deal balik pasal denda ni dan yang lebih pelik, hingga ke hari ni, 22.12.2008, tak de surat pun yang sampai sedangkan aku diarahkan bayar denda sebelum 20.12.2008. Aku tanya memember, yang tragisnya ada la 2-3 orang member aku terus bayar je denda tu tanpa banyak soal, nampak sangat nak tipu duit customer, dalam perjanjian tak de pun pasal tu.

    Nakkan lebih penjelasan aku contact HQ TM dan bercakap dengan pegawai kat sana, menurutnya:

    "Pihak TM memang ada mengenakan bayaran untuk talian yang digunakan untuk connect dengan streamyx, tapi kalau denda sebab tak beli kad topup Home Prepaid saya tak pernah dengar lagi...."

    Nampak sangat kan diorang sendiri tak jelas dengan syarat perkhidmatan mereka, nak main denda je w'pun tak de dalam agreement, memember aku yang dah 'terkena' ni nak masukkan isu ni dalam paper ni, yelah, sorang kena beratus-ratus, kalau 100 orang, berapa ribu duit haram TM dapat.:(scam:(scam:(scam:(scam

    ReplyDelete