Friday, October 30, 2009

Bukit Tampin Nature Adventure

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Warga TM NS sekalian,

Pihak Biro Sukan & Kecergasan, Kelab TM Negeri Sembilan akan mengadakan program Fun Walk yang diberi nama “Bukit Tampin Nature Adventure”. Program bertemakan kesihatan & kecergasan ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14hb November 2009

Tempat Permulaan : Kaki Bukit Tampin, Tampin, Negeri Sembilan

Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 Tengah Hari

Majlis ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al Qadri, Tunku Besar Tampin dan beberapa jemputan khas yang lain.

Di sepanjang pendakian para peserta ke puncak Bukit Tampin, pelbagai aktiviti menarik telah diatur yang bakal mencabar minda serta fizikal para peserta.

Hadiah-hadiah yang lumayan serta cabutan bertuah bakal menanti para peserta program kali ini.

Syarat penyertaan adalah seperti tertera pada flyers program.

Jangan berlengah lagi! Tempat adalah terhad kepada 20 pasukan terawal yang mendaftarkan penyertaan.

Lengkapkan borang penyertaan seperti yang disertakan dan hantarkan kepada pihak Sekretariat Pendaftaran ’Bukit Tampin Nature Adventure’:


En Arwisqarni Ismail

Tel: 06-765 1055

Faks: 06-765 1057


En Azrai Aziz

Tel: 06-765 1250

Faks: 06-765 1673


Marilah bersama-sama memeriahkan ’Bukit Tampin Nature Adventure 2009’.

Tuesday, October 27, 2009

TAKLIMAT DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KG. GAGU

Jelebu, 18 Okt - Consumer Sales dengan kerjasama Unit Government, TM Point Seremban dan Jawatankuasa Kg. Gagu telah mengadakan taklimat ICT dan jamuan Hari Raya bersama komuniti Kg. Gagu bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Gagu.

Program yang bermula dari jam 2.30 petang dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Ybhg. Dato’ Hj Jalaludin Hj Alias (mewakilkan Datuk Seri Rais Yatim) dan beberapa ahli UMNO Bahagian Jelebu yang lain serta Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek.

Para penduduk Kg. Gagu dan Kg. Teriang turut hadir bagi mendengar taklimat ICT dan memeriahkan program ini.

Taklimat yang bertajuk “Kepentingan ICT dalam kehidupan masa kini” disampaikan oleh Penolong Pengurus Consumer Sales, Shaharudin Mardzuki bertujuan untuk memberi pendedahan tentang betapa pentingnya ICT di dalam kehidupan penduduk khususnya muda mudi masa kini.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan siraturahim sesama penduduk kampung dengan TM dan UMNO Bahagian Jelebu.

TMPOINT ON WHEEL MERAIKAN PERAYAAN DEEVAPALI

Seremban, 17 Okt - Kenderaan lori TMPOINT ON WHEEL (TMOW) Negeri Sembilan telah berada di perkarangan tempat letak kereta pasaraya EconSave bermula jam 10 pagi – 7 malam.

Pelbagai aktiviti telah di jalankan bermula jam 10 pagi – 7 malam, di antaranya persembahan Shuffle Dance, Demostrasi Basikal BMX dan papan luncur (skateboard) serta kuiz kepada pengunjung-pengunjung pasaraya ini.

Sempena meraikan perayaan Hari Deepavali pada hari tersebut, Consumer Sales dengan kerjasama TM Point Seremban menyediakan kuih muih berbangsa India seperti muruku dan kerepek serta memberikan duit raya Deepavali kepada kanak-kanak dan pelanggan TM yang berada berhampiran dengan kenderaan lori TMOW.

Wednesday, October 14, 2009

Sesi Lawatan & Perjumpaan Group COO, YBhg. Dato' Adnan Rofiee dengan Anggota TMNS

Dimaklumkan bahawa Group Chief Operating Officer (GCOO), YBhg. Dato’ Adnan Rofiee akan mengadakan lawatan & perjumpaan dengan anggota TMNS seperti berikut:-


Tarikh : 16 Oktober 2009 (JUMAAT)

Masa : 0900 – 1230 tgh

Tempat : Bilik YAM Tuan Besar, TM Taipan Senawang


Agenda:-

0930 : Ketibaan anggota TMNS

1000 : Ketibaan YBhg.Dato’ Adnan Rofiee

1030 : Nyayian lagu NegaraKu, Kristal dan Bacaan Doa

1040 : Ucapan Aluan Pengurus Besar TMNS

1050 : Ucapan YBhg. Dato’ Adnan Rofiee

1110 : Sesi soal jawab

1230 : Makan Tengahari & Bersurai