Thursday, July 1, 2010

SESI “TEAMING WITH PASSION” UNTUK ANGGOTA TM NEGERI SEMBILAN


Sesi latihan ‘Teaming With Passion’ untuk anggota-anggota TM Negeri Sembilan Batch 1 hingga 5 telah diadakan dengan jayanya sepanjang bulan Jun 2010 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Program latihan anjuran pihak TM Training Center Selatan telah diketuai oleh ‘Master Trainer’ Tn Hj Yusof Husin bersama bantuan daripada ‘Angel’ serta ‘Angelo’ TMTC Zon Selatan TM Melaka. Seramai 257 orang anggota daripada jumlah keseluruhan 464 orang anggota TM Negeri Sembilan telah mengikuti sesi latihan tersebut sepanjang ia berlangsung bermula pada sesi pertama pada 24hb Mei 2010 sehingga sesi terakhir yang diadakan baru-baru ini pada 1hb Julai 2010. Rata-rata para anggota TM Negeri Sembilan kini semakin bersemangat bagi meneruskan perjuangan kearah mencapai matlamat meningkatkan prestasi kerja sepasukan dan seterusnya menaikkan kedudukan TM Negeri Sembilan ke tangga ke 4 keseluruhan berbanding negeri-negeri lain.

Monday, June 28, 2010

TM NEGERI SEMBILAN ANJUR “TM AMAZING RACE 2010 NEGERI SEMBILAN D’CULTURE CHALLENGE” BERSAMA PELANGGAN


TM Negeri Sembilan dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan telah menganjurkan program “TM Amazing Race 2010 Negeri Sembilan D’Culture Challenge” pada 25hb sehingga 27hb Jun 2010 untuk para pelanggan korporat dari segmen SME, Enterprise dan Kerajaan. Program ini merupakan satu pertandingan pengembaraan berkenderaan yang menggabungkan aktiviti-aktiviti yang mencabar keupayaan minda serta fizikal para peserta merentasi destinasi-destinasi pelancongan popular di Negeri Sembilan. Seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada 28 buah syarikat yang merupakan pelanggan korporat TM Negeri Sembilan termasuk 2 pasukan jemputan media mengambil bahagian dalam cabaran ini. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang peserta dalam setiap kenderaan. Program ini diadakan sebagai program penghargaan kepada para pelanggan korporat TM Negeri Sembilan dan juga sebagai platform bagi merapatkan lagi hubungan baik di antara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Program ini yang mendapat kerjasama pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan, turut membantu inisiatif kerajaan Negeri Sembilan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan menarik di Negeri Sembilan. Program ini mendedahkan para peserta dengan keunikan budaya serta keindahan destinasi pelancongan di Negeri Sembilan. Para peserta diberi set soalan yang perlu dijawab sepanjang perjalanan, mencari harta karun yang tersembunyi serta melakukan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sinonim dengan adat resam Negeri Sembilan.

Majlis perlepasan peserta program telah disempurnakan oleh Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan dan juga Hishamuddin Mustaffa, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada 26hb Jun 2010 di tempat letak kereta restoran A&W Seremban jam 7.30 pagi dan cabaran peserta berakhir di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson di sebelah petang. Disamping mencari harta karun dan menjawab soalan-soalan berkenaan kebudayaan Negeri Sembilan serta produk TM, para peserta telah melalui pelbagai cabaran seperti bermain gasing di Taman Budaya Seremban, menempuh aktiviti air dan cabaran ‘Fear Factor’ di Jeram Toi, Kuala Klawang dan melakukan aktiviti kebudayaan di Muzium Adat, Kuala Klawang. Para peserta turut dikehendaki melayari laman web TM melalui perkhidmatan Jelebu Hotzone yang terdapat disekitar pekan Kuala Klawang dan menjawab beberapa soalan berkenaan produk dan perkhidmatan TM. Di perkampungan Inap Desa Lonek, para peserta dihidangkan dengan lauk pauk tradisi dan dikehendaki melakukan tarian kebudayaan dihadapan khalayak ramai. Para peserta seterusnya telah meneruskan perjalanan ke Johol dan Tampin sebelum mengharungi cabaran di Kompleks Bersejarah Pengkalan Kempas, cabaran ‘Go-Kart’ di Extreme Park, Muzium Tentera Port Dickson dan menggali harta karun yang tertanam di pantai sebelum mengakhiri cabaran di Avillion Admiral Cove Resort, Port Dickson.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Sabtu, 26hb Jun 2010 di Avillion Admiral Cove Resort, Port Dickson dalam satu majlis makan malam yang bertemakan ”Pirates of the Carribean”. Pasukan jemputan daripada Tourism Malaysia, telah berjaya memenangi tempat pertama dan membawa pulang hadiah barangan elektrik bernilai RM 3,000.00. Tempat kedua pula diraih oleh Syarikat Samsung (M) Sdn. Bhd yang merupakan pelanggan korporat segmen Enterprise TM Negeri Sembilan telah membawa pulang hadiah barangan elektri bernilai RM 2,000.00. Pelanggan segmen SME TM iaitu Syarikat Xyratex (M) Sdn. Bhd pula ditempat ketiga dengan membawa pulang hadiah barangan elektrik bernilai RM 1,000.00. Para pelanggan turut dihiburkan dengan penampilan istimewa artis undangan ’Aizat & The Band’ semasa majlis makan malam tersebut berlangsung.

Sunday, June 27, 2010

MAJLIS PENYERAHAN NETBOOK PAKEJ JALUR LEBAR DENGAN NETBOOK UNTUK PESERTA KURSUS DI JELEBU, NEGERI SEBILAN


Pihak TM Negeri Sembilan melalui unit Consumer Sales telah mengadakan kaunter jualan serta memberikan sesi taklimat bagi mempromosikan pakej jalur lebar dengan netbook semasa Majlis Penutup Kursus Asas Internet dan E-Mail untuk Ketua Cawangan UMNO serta Pengerusi JKKK Daerah Jelebu anjuran UMNO Bahagian Jelebu pada 27hb Jun 2010 bertempat di Dewan Syarahan, Kolej Komuniti Jelebu. Semasa majlis perasmian penutup kursus, YBhg. Datuk Hj. Jalaludin Bin Hj. Alias, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu telah sudi menyampaikan ‘mock netbook’ kepada 10 peserta yang telah melanggan pakej jalur lebar dengan netbook semasa kursus tersebut berlangsung. Turut hadir pada majlis tersebut Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan serta R. Sugumaran, Pengurus Consumer Sales TM Negeri Sembilan. Seramai 74 orang peserta telah menghadiri kursus asas tersebut dan pihak Consumer Sales turut beberapa permohonan serta memberikan maklumat berkenaan kepada para peserta yang berminat untuk melanggan pakej tersebut. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu memberi komitmen bahawa semua Ketua Cawangan UMNO Jelebu dan Pengerusi JKKK Daerah Jelebu akan melanggan pakej jalur lebar dengan netbook selaras dengan objektif memantapkan lagi jalinan komunikasi antara semua cawangan dan juga JKKK di daerah Jelebu.

Friday, June 4, 2010

Lawatan GCEO dan Barisan Pengurusan Kanan TM ke TOP Pilot Project Negeri Sembilan pada 4hb Jun 2010




Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa bersama barisan pengurusan kanan TM telah mengadakan lawatan ke TM Negeri Sembilan yang merupakan ‘Pilot Project’ untuk Projek TOP (Towards Operational Perfection). Turut bersama delegasi tersebut adalah Dato’ Bazlan Osman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Giorgio Migliarina, Chief Technology and Innovation Officer, En Mohd Khalis Rahim, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan, Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif Government Sales, En Jaafar Majid, Presiden NUTE dan barisan pengurusan kanan TM.

Dato’ Zam serta barisan pengurusan kanan TM telah dibawa melawat ke Ibusawat Rasah Jaya yang menempatkan Unit iCare, RCC & LMG, SAF Network Operation serta Unit Network Development TM Negeri Sembilan. Dato’ Zam juga telah sudi merasmikan pejabat Unit iCare Negeri Sembilan yang baru sahaja ditubuhkan di Negeri Sembilan dan juga Pejabat Unit RCC/LMG yang buat pertama kalinya telah diletakkan dibawah satu bumbung melalui inisiatif projek TOP ini. Sesi lawatan serta penerangan yang diadakan oleh TOP Change Leaders dan juga pihak McKinsey Consultancy telah memberi peluang kepada barisan pengurusan kanan TM untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Projek TOP dan juga impak inisiatif ini kearah kecemerlangan operasi khususnya bagi ‘DEL Fulfillment’ dan ‘DEL Assurance’.

Pada sebelah malam, barisan pengurusan kanan TM serta anggota-anggota yang terlibat secara langsung dalam projek TOP telah disambut dalam satu Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan. Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan telah merakamkan penghargaan kerana memilih TM Negeri Sembilan sebagai pusat kecemerlangan dan juga sebagai contoh kepada negeri-negeri lain sebelum Projek TOP ini dilancarkan di seluruh negara. Dato’ Zam juga telah sudi menyampaikan hadiah penghargaan kecemerlangan yang disediakan oleh pihak Human Capital kepada 6 orang anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 bulan projek ini dilaksanakan. Senarai Pemenang adalah seperti berikut:

1. Anugerah Produktivi Tertinggi bagi Agen RCC : Norfaiz Alias, RCC Unit, CSM.

2. Anugerah Produktiviti Tertinggi Kumpulan NS Utara: Abdul Rahman Hashim, SAF Network Operation

3. Anugerah Pengguna Sistem Sipikat Tertinggi: Abdul Kadir Bin Majid, SAF Network Operation

4. Anugerah ‘Fastest Backlog Clearance’ : Azmi Lajis, SAF Network operation

5. Anugerah Pengurusan Unit iCare yang baru ditubuhkan: Zanariah Ali, iCare

6. ‘Leadership of DEL Fulfillment Value Stream’: Syaiful Nizam Katimon, Manager CSM TM Negeri Sembilan.

Barisan pengurusan kanan TM kini yakin bahawa projek TOP akan membuka lembaran baru dalam perubahan proses kerja syarikat ‘Ke Arah Kecemerlangan Operasi’!

Sunday, May 30, 2010

Keratan Akhbar - Infobelia Matangkan Komunikasi



SISTEM INFO BELIA merupakan sistem komunikasi yang bakal menghubungkan lebih 450,000 orang belia di seluruh Negeri Sembilan dengan makluman terbaru secara terus daripada pihak kerajaan Negeri Sembilan. Sistem ini telah dibangunkan secara 'Customize' oleh pihak Telekom Malaysia Negeri Sembilan dan dikawal selia oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan. Sehingga kini lebih 60,000 belia telah mendaftarkan diri dalam database Sistem Info Belia Negeri Sembilan.