Thursday, April 29, 2010

TM Negeri Sembilan Sertai Karnival ICT Sekolah di Rantau, Negeri Sembilan






Pada 29hb April 2010, pihak Marketing Communication TM Government Ibu Pejabat, Government Sales dan Consumer Sales TM Negeri Sembilan telah menyertai Karnival ICT Sekolah anjuran pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia serta pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Rantau, Negeri Sembilan. Antara syarikat-syarikat yang turut terlibat mengadakan pameran serta aktiviti adalah Maxis, Digi, Celcom dan juga Syarikat Minang. TM merupakan penaja rasmi perkhidmatan jalur lebar ‘Wireless Streamyx Zone’ untuk digunakan oleh para pengunjung di tapak karnival.

Pihak Marketing Communication TM Government telah menganjurkan program ‘School Got Talent’ yang berjaya menarik minat lebih 30 penyertaan daripada sekolah-sekolah di sekitar daerah Rantau. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan telah sudi menyampaikan hadiah serta sijil-sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pencarian bakat yang ditayangkan melalui laman web www.bluehyppo.com/kidztv/. Semasa lawatan beliau ke kaunter jualan TM, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Puan Salmah Mohd Taufek telah memberikan penerangan berkenaan pakej terbaru TM iaitu Streamyx Cool Unipack serta Blockbuster Deal. Beliau turut dibawa menaiki kenderaan TMPoint-On-Wheel yang turut memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di tapak karnival. Turut hadir sama adalah Puan Zainon Hj Ahmad, Penolong Pengurus Besar Government Sales TM Ibu Pejabat dan Mohd Azmi Ismail, Pengurus Government Sales TM Negeri Sembilan. Pihak Consumer Sales TM Negeri Sembilan telah berjaya meraih sebanyak RM 26,712.00 melalui aktiviti jualan yang diadakan semasa karnival tersebut berlangsung.

Friday, April 9, 2010

TM NEGERI SEMBILAN GEGARKAN SEREMBAN PARADE BERSAMA THR RAAGA FUN TOUR




Pihak Consumer Sales TM Negeri Sembilan telah mengadakan “TM Blockbuster THR Raaga Fun Tour bersama THR Raaga” Stesen radio Tamil Nombor 1 di Malaysia pada 9-11 April 2010, bertempat di Seremban Parade, Seremban. Karnival selama tiga hari ini telah di penuhi pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah menarik yang turut ditawarkan pelanggan bertuah yang berpeluang makan malam bersama para penyampai radio THR Raaga, baju-T eksklusif TM Blockbuster Raaga Fun Tour, ear-piece dan folder eksklusif TM. Lebih 2,000 orang pengunjung telah membanjiri Concourse Area, Seremban Parade bagi menyaksikan persembahan artis-artis India tempatan seperti Kumaresan, Anantha, Keeran, One Nation Emcees dan The Fabulous Cats. Seramai 40 orang peserta telah mempamerkan bakat tarian yang tersendiri dalam pertandingan tarian terbuka yang turut menampilkan penampilan istimewa daripada Chelvam, anggota dari Unit Network Operation, TM NS disamping persembahan Badut serta Michael Jakcson Impersonator turut menghangatkan suasana.

Turut diadakan adalah Majlis Pelancaran pakej TM Blockbuster Deal peringkat Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Consumer Sales dengan kehadiran R. Sugumaran, Pengurus Consumer Sales TM Negeri Sembilan dan Nor Hashimah Nekmat, Pengurus Sponsorship Events & Exhibition, Marcomm Consumer Sales Ibupejabat. Pihak Consumer Sales TM Negeri Sembilan berjaya meraih hasil jualan berjumlah RM 349,778.00 selama 3 hari karnival berlangsung.