Sunday, August 16, 2009

JOM REDAH KINI BERSAMA TM NEGERI SEMBILAN

Senawang, 15 dan 16 Ogos - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama anggota TM Negeri Sembilan dan Silver Partner TM telah mengadakan aktiviti Jom Redah.

Program Jom Redah yang di jalankan selama dua hari ini di sertai oleh 70 anggota dan agen-agen berdaftar meredah rumah-rumah pelanggan sekitar seluruh daerah Negeri Sembilan.

Sesi pelepasan peserta di sempurnakan oleh Pengurus Consumer Sales, R.Sugumaran di perkarangan Ibusawat Senawang pada jam 9.30 pagi.

Program yang berakhir dengan jayanya di akhiri dengan sesi ‘makan durian’ oleh semua peserta yang menyertai program ini.

KAUNTER JUALAN TM DI PROGRAM REALITI ‘PILIH KASIH‘ PERINGKAT AKHIR

Senawang, 16 Ogos - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama Silver Partner telah membuka kaunter jualan TM sempena program realiti televisyen‘ Pilih Kasih’ yang berlangsung pada 16 Ogos 2009 bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Mohammad, Senawang.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sempena program ini, di antaranya aktiviti cabutan bertuah dan demostrasi Hypp TV.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kemunculan artis ikon Pilih Kasih, Rosyam Noor

Tuesday, August 11, 2009

JIN NOTTI ROAD TOUR DI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Seremban, 9 Ogos : Krew Production Jin Notti telah berada di Seremban bagi mempromosikan filem terbaru terbitan KRU Production, Jin Notti baru-baru ini.

TM Negeri Sembilan telah mengambil peluang membuka kaunter jualan bagi memeriahkan program Jin Notti Road Tour yang diadakan pada 9 Ogos 2009 bertempat di Terminal One, Seremban.

Aktiviti yang di jalankan di sepanjang program ini adalah sesi bertemu peminat yang di hadiri oleh salah seorang pelakon Jin Notti, Dafi.

Friday, August 7, 2009

TM Jom Redah

Pihak Consumer Sales dan kerjasama TM HQ akan menganjurkan program "TM Jom Redah" di mana ianya merupakan satu aktiviti untuk mendapatkan pelanggan baru Talian Tetap Telefon dan Streamyx dari seluruh Negeri Sembilan.

Tujuan utama aktiviti ialah untuk meningkat jualan DEL dan Streamyx dengan membuat jualan produk dan perkhidmatan TM di kawasan Taman-Taman di Negeri Sembilan. Aktiviti ini akan di jalankan pada tarikh dan masa yang berikut;


Tarikh : 15 & 16 Ogos ( Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 5 petang

Lokasi Flag Off : Ibusawat Senawang


Sehubungan itu Consumer Sales Negeri Sembilan ingin membuka peluang penyertaan ini kepada anggota TM Negeri Sembilan yang berminat. Untuk makluman semua, program ini juga akan turut di sertai bersama Silver Partner TM.

Pihak penganjur juga telah menyediakan hadiah wang tunai sehingga RM 1,000 kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya mendapat jualan DEL dan Streamyx yang tertinggi. Terdapat 2 kategori bagi program ini iaitu Kategori Silver Partner dan Kategori Anggota TM Negeri Sembilan.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan program ini, sila tuan/puan hubungi Pegawai Consumer Sales seperti di bawah sebelum 7 Ogos 2009.


1) En Shaharudin Mardzuki : 06-7655570
2)
En Zubil Hassan : 06-7651158
3)
En Mohd Ayob Mohammad Muhsin : 06-7655567

Hadiah-hadiah lumayan menanti anda semua. Sertailah program ini sambil meningkatkan jualan TM Negeri Sembilan.