Thursday, May 28, 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2009/2011

28hb Mei - Kelab TM Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 bagi Sesi 2009/2011 di Dewan Sri Minang, Pejabat Risda Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Puan Salmah Mohd. Taufek, Presiden Kelab TM Negeri Sembilan dengan kehadiran seramai 115 orang ahli dan juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2007/2009.

Agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan bagi Sesi 2009/2011 yang telah menyaksikan beberapa muka baru diserap untuk merencana aktiviti-aktiviti Kelab TM Negeri Sembilan untuk sesi berikutnya.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan turut membentangkan laporan aktiviti dan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2008 serta pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi sesi 2007-2009.

Puan Salmah Mohd Taufek turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang acara sukan yang dipertandingkan dalam Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan 2009 yang telah diadakan baru-baru ini.

Para ahli yang bertuah berjaya membawa pulang 40 hamper dan 10 cenderahati istimewa cabutan bertuah yang diadakan di akhir sesi mesyuarat.

TIARANITA CATERING CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

28 hb Mei 2009 - Tiaranita Catering di bawah kelolaan Biro Ekonomi dan Perniagaan telah menyediakan makanan sarapan pagi sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan bagi sesi 2009 / 2011.

Mesyuarat yang di hadiri ahli Kelab TM Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sri Minang, Pejabat Risda Negeri, Seremban.

Beberapa ahli Tiaranita telah bertungkus lumus menyediakan makanan para jemputan dan tetamu VIP mesyuarat tersebut.

Wednesday, May 27, 2009

I-TALK WOOW GOES CRAZEE RACE

27 hb Mei 2009 - Promosi kad I-Talk masih diteruskan lagi di Negeri Sembilan yang di namakan I-Talk Woow Goes Crazee Race pada 27 hb Mei 2009 bertempat di tempat letak kereta Ibusawat TM, Seremban.

Seramai 7 buah kumpulan menyertai program I-Talk ini dan telah membuat jualan kad ke 6 buah daerah di sekitar Negeri Sembilan, di antaranya daerah Seremban, Bahau, Gemas dan Port Dickson.


Monday, May 25, 2009

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 44

Merujuk kepada notis mesyuarat agung yang telah dikeluarkan sebelum ini, ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb Mei 2009 (Khamis)

Masa : 8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengah Hari

Tempat : Dewan Sri Minang Pej. Risda Negeri Jalan Mufti Ahmad, Medan Rahang, S'ban


Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Ucapan Puan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan

  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 43 Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2007/2009

  3. Perkara-perkara berbangkit

  4. Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti-aktiviti Kelab bagi Sesi 2007/2009

  5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2008

  6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab TM Negeri Sembilan bagi Sesi 2007/2009

  7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2009/2011

  • 1 Orang Timbalan Presiden

  • 4 Orang Naib Presiden

  • 1 Orang Timbalan Setiausaha Kehormat

  • 1 Orang Bendahari Kehormat

  • 1 Orang Penolong Bendahari Kehormat

  • 4 Orang Penolong Setiausaha

  • 5 Orang Ahli Jawatankuasa

  1. Memilih 2 orang Pemeriksa Kira-Kira

  2. Memilih 2 orang Pengamanah

  3. Membincang, menerima dan meluluskan usul-usul bertulis (jika ada)

  4. Ucapan Penangguhan oleh Puan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan

Aturcara Mesyuarat:

8.30 Pagi : Pendaftaran kehadiran ahli

9.00 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Kristal

9.10 Pagi : Ucapan Pembukaan oleh Puan Presiden Kelab TM NS

9.15 Pagi : Majlis Penyampaian Hadiah Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan

9.30 Pagi : Jamuan Ringan

10.00 Pagi : Agenda Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 sesi 2009/20011

11.30 Pagi : Cabutan Bertuah

12.00 Tgh hari : Pemberian Cenderahati Kepada Ahli-Ahli


Sehubungan dengan itu, sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang usul yang ingin dikemukakan semasa Mesyuarat Agung tersebut, bolehlah menghantar usul tersebut mengikut format yang disertakan bersama kepada saya melalui email azriaziz@tm.com.my sebelum 25hb Mei 2009.

Kehadiran ahli-ahli Kelab TM Negeri Sembilan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dan Salam Hormat.


Mohammad Azri Bin A. Aziz
Setiausaha Kehormat Kelab TM Negeri Sembilan


Lampiran untuk dimuat-turun : Borang Usul (hanya untuk akses TM intranet sahaja)


TM Infoblast – Interactive 2-way Messaging Service

Infoblast allows you to broadcast your own customized voice and text messages simultaneously to fixed lined and mobiles.

This can be done easily anytime and anywhere via Infoblast account at www.infoblast.com.my

Also download the infoblaster, a desktop application to enjoy all infoblast functions with bigger capasity right at your desktop.

To enjoy the service, customer only need TM fixed line, internet connection and a PC or laptop

Here are the Benefits:

1. Message Broadcast
Enjoy the convenience of interacting with clients, partners and family at any time you wish and attain 2 way response and feedback from them especially for invitation and promotions.

2. Message Scheduler
Easily schedule your message to be sent at any later time and date.

3. Auto Reply & Auto Forward
Handy automatic reply for messages received when you are away or forward the message to user's FSMS/Mobile.

4. Message Notification
Receive notification via sms or voice when a new message arrives.

5. Voice & Text Message
You may even record, send & broadcast, receive, forward and reply voice and text messages to TM fixed line or mobile users through the Infoblast Portal or Infoblaster


Infoblast is a perfect substitute which offers direct, immediate, and low cost communication with no monthly subscription and activation fee.

The service charge base on message transaction with varies according to usage of billing period.








Contact Person :


Government : En. Mohd Azmi Bin Ismail ( 013-6309896 )
SME / SMI : Puan Faridah Binti Abdul Jalil ( 013-4808829 )
Enterprise : En. Mohd Azahari Bin Hussain ( 013-3401031 )
Consumer : En. Sugumaran A L Regunathan ( 013-3944884 )

Friday, May 22, 2009

Labur RM 1 Bilion Perluas Jalur Lebar

TELEKOM Malaysia Berhad (TM), bekerjasama dengan Wi-Net Technology Sdn Bhd (Wi-Net), pembekal Prosarana Rangkaian (NFP) dan Pembekal Perkhidmatan Rangkaian (NSP) yang memiliki lesen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyediakan khidmat jalur lebar tanpa wayar seluruh negara.

Sehubungan itu, Wi-Net akan melabur RM 1 Bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang menerusi projek perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) TM berasaskan ethernet borong.

Ethernet ialah teknologi rangkaian komputer berasaskan kerangka untuk rangkaian kawasan tempatan.

TM akan menyediakan rangkaian utama kepada Wi-Net, bakal menyaksikan syarikat berkenaan menawarkan akses internet sehingga 20 MB per saat. (mbps)

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TM, Datuk Adnan Rofiee berkata kontrak itu bernilai RM 250 juta dan sedang berunding dengan lebih 10 penyedia perkhidmatan untuk pakej borong HSBB.

Ethernet borong TM dianggap pelaburan pintar menyediakan penyelesaian sambungan sempurna dan berskala dengan kos efektif.

"Ia menawarkan akses sambungan terjamin berkelajuan tinggi berdasarkan standard industri ethernet kelas pembawa merentas rangkaian kawasan metropolitan yang menyambungkannya kepada pelbagai lokasi di seluruh dunia," katanya selepas menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Ethernet Wholesale bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar wayarles Wi-Net iaitu Winet Broadband, di Kuala Lumpur, semalam.

Perjanjian ditandatangani Adnan dan Naib Presiden Eksekutif Wholesale, Rafaai Samsi bagi pihak TM manakalaWi-Net diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Wi-Net, Lee Wai Tuck dan Pengerusi Wi-Net HSBB Sdn Bhd, Datuk Haji Nawawi Ahmad.

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Induksi Kenaikan Pangkat Siri 1/09

Seremban, 20 & 21 May 2009 - Human Capital SSO Negeri Sembilan bersama TM Multimedia Colege telah mengadakan kursus Induksi Kenaikan Pangkat siri 1/09 untuk penyelia seramai 32 orang dari pelbagai unit, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Seremban.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Salmah Mohd Taufek selaku Pengurus Besar TM Negeri Sembilan dan diiringi oleh En. Mohd Ghani Agus Pengurus HC SSO N. Sembilan dan tenaga pengajar Tn. Hj Abdullah Jamil dari TMMC, Melaka.






AKTIVITI BIRO EKONOMI DAN PERNIAGAAN TIARANITA

Tiaranita Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti jualan pada 16 Mei – 17 Mei 2009 sempena dua program “ Mini Karnival Sukan Kelab TM NS” dan “ Karnival ICT Sekolah 2009.

Beberapa ahli Tiaranita telah bertungkus lumus menyediakan makanan sarapan pagi dan tengahari kepada 80 ahli Kelab TM NS yang menyertai Mini Karnival Sukan, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

Selain itu, ahli biro Ekonomi juga ahli Tiaranita yang lain turut menjual makanan dan minuman di Sekolah Menengah King George V, Seremban pada 17 Mei 2009.

Sambutan jualan amat menggalakkan dari pengunjung karnival ini khususnya para pelajar sekolah yang menyertai aktiviti – aktiviti di sekolah tersebut.

Tuesday, May 19, 2009

Penyampaian Bantuan Bencana Alam & Anugerah Anggota Terbaik

Penyampaian telah disempurnakan oleh Pengurus HC SSO N. Sembilan En. Mohd Ghani Agus pada 19 Mei 2009.

Penyampaian Bantuan Bencana Alam diberi kepada En. Kamal Saad.

Manakala penyampaian Anugerah Anggota Terbaik Suku Tahunan ke-3 2008 diberi kepada En. Ramasamy Mookan sempena 'role call' RNO NS Utara.

Sunday, May 17, 2009

Karnival ICT Sekolah 2009

17HB Mei - Negeri Sembilan merupakan lokasi yang ketiga bagi siri jelajah “Karnival ICT Sekolah” yang telah diadakan di SMK King George V di Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama di antara TM dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ismail Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga & Telekomunikasi, Negeri Sembilan.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Pn Hjh Ruhazah Mohd Salleh, Ketua Sektor Teknologi Maklumat (ICT) JPNS, mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, dan Tn Hj Zakaria bin Md Zin, Pengetua, Sek Men Keng King George V dan Mohd Azmi Ismail, Pengurus, Government Sales, TM.

Semasa majlis perasmian majlis telah menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah dan Pertandingan Multimedia Grafik.

Berikut adalah senarai pemenang :

Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Rendah

Johan – Sekolah Rendah Kebangsaan Petaseh (B)
Naib Johan - Sekolah Rendah Kebangsaan Pasoh 2 (F)
Ketiga - Sekolah Rendah Kebangsaan Palong 7 (F)


Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Menengah

Johan – Sekolah Menengah Teknik Ampangan
Naib Johan - Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang
Ketiga - Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 15 tahun

Johan - Aiman Daniel Bin Abul Khair, SMK King George V
Naib Johan – Kumpulan RCKSTR, SMK King George V
Ketiga - Muhd Ilham Ramadan B Jasmin, SMK Dato’ Hj Mohd Redza



Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 18 tahun

Johan – Kumpulan Razor, SMK King George V (Fail video terlalu besar, tidak dapat ditayangkan)
Naib Johan – Kumpulan MMT, SMK Lukut
Ketiga – Kumpulan Stars of Seri Jempol, SMK Sri Jempol


Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan untuk semua pengunjung program ini termasuk pertandingan exam online, pertandingan bola keranjang, pertandingan futsal, pertandingan internet explorace dan pertandingan PC Assemble.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis jemputan dari aizad (AF5) dan Suki (OIAM).

Karnival ini bertujuan untuk mendedahkan warga sekolah kepada faedah dan kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah di sekitar Seremban.


Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 15 tahun

Johan - Aiman Daniel Bin Abul Khair, SMK King George V

















Pertandingan Multimedia Grafik – Kategori Bawah 18 tahun

Johan – Kumpulan Razor, SMK King George V

















Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Rendah


Johan – Sekolah Rendah Kebangsaan Petaseh (B)

















Pertandingan Merekacipta Laman Web Sekolah – Kategori Sekolah Menengah

Johan – Sekolah Menengah Teknik Ampangan

Saturday, May 16, 2009

Mini Karnival Sukan Kelab TMNS

16hb Mei - Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan telah diadakan di Kompleks Belia & Sukan Paroi.

Seramai 85 orang ahli telah mengambil bahagian dalam 6 acara sukan yang dipertandingkan pada Mini Karnival Sukan yang berkonsepkan ’Sukan Untuk Semua’.

Acara yang dipertandingkan adalah Badminton, Bola Jaring, Dart, Ping Pong, Bola Tampar dan Sepak Takraw.

Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan ahli kelab mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping mengadakan pemilihan di kalangan ahli bagi setiap acara untuk mewakili Kelab TM Negeri Sembilan ke Karnival Sukan TM di Pahang pada penghujung bulan Julai nanti.

Majlis Perasmian Ringkas telah dilakukan oleh Pemangku Naib Presiden Biro Sukan, En. Azrai Aziz.

Turut hadir bagi memeriahkan acara adalah Timbalan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan, En Nor Halim Hj Baharin.

Keputusan setiap acara adalah seperti berikut:

1. Badminton

Kategori Beregu Lelaki:

Johan : Hamdzan Ali & Ghazali Wahid
(13-21) (21-15) (10-9 Retire)

Naib Johan: Idris Lasim & Zaini Ismail

Ketiga: Nazri Abd Rahman & Dzul Effendy. ( 21-17)


2. Bola Jaring

Group 1 : Ada Aku Kesah

1) Yasmee Yasid
2) Azlina Mohd Toffick
3) Aniza Syafrila Mohd Rozali
4) Siti Mariam Othman
5) Haslinayati Abu Asan
6) Mazura Ismail
7) Nurul Ashikin Mohd Nor
8) Asmawati Zainal Abidin

Group 2 : Hip Hip Hore

1) Samidan Samun
2) Shaniza Sharan
3) Nor Azura Kason
4) Siti Halijah Md Yunus
5) Zainon Musa
6) Nor Iffa Linda
7) Nurhafizah Yahya
8) Roslinda Ismail


Keputusan Akhir : Ada Aku Kesah (12) VS Hip Hip Hore (4)


3. Sepak Takraw

Johan: Regu Unit Keselamatan
N. Johan: Regu Unit Network Development


4. Dart

PERSEORANGAN LELAKI

1. Mohd Poad Dabus
2. Abd Ghani Md.Yusof
3. Ramly B.Wahab

PERSEORANGAN WANITA

1. Siti Mariam Othman
2. Asmawati Bt Zainal Abidin

Friday, May 8, 2009

TIARANITA NEGERI SEMBILAN MEMENANGI TEMPAT KEDUA PERSEMBAHAN DI HARI TIARANITA 2009

Alor Setar - Tiaranita Negeri Sembilan telah menyertai program Sambutan Hari Tiaranita 2009 di Alor Setar, Kedah pada 30hb April sehingga 2hb Mei 2009.

Seramai 14 orang ahli serta Presiden Tiaranita, Puan Salmah Mohd Taufek telah memulakan perjalanan ke Alor Setar, Kedah pada 30hb April 2009 dan menginap di Hotel Sentosa Regency dan Hotel Star City, Alor Setar.

Program Sambutan Hari Tiaranita bermula pada 1 hb Mei 2009 dengan pelbagai aktiviti sukaneka dan perbarisan di sebelah pagi dan Majlis Makan Malam Kilauan Tiaranita di sebelah malam.

Terdapat 6 permainan sukaneka yang di pertandingkan, di antaranya Siti Musliha, Labu Lebai, Lompat Cik Lompat, Penarek Beca dan Ali Ba Ta serta Semerah Padi, yang khusus untuk tetamu VIP.

Tiaranita Negeri Sembilan berjaya memenangi 3 permainan sukaneka, iaitu Ali Ba Ta (Tempat Pertama), Penarek Beca (Tempat Kedua) dan Lompat Cik Lompat (Tempat Ketiga).

Selain itu, Puan Salmah Mohd Taufek turut serta menyertai permainan sukaneka Semerah Padi.

Di samping itu, ahli Tiaranita Negeri Sembilan juga turut membuat jualan makanan ringan di Stadium Abdul Halim dan Hotel Sentosa Regency, Alor Setar.

Pada sebelah malam, Majlis Makan Malam Kilauan Tiaranita menyaksikan semua ahli Tiaranita seluruh negeri bertanding untuk memenangi persembahan tarian yang bertema kan “Truly Asia”.

Negeri Sembilan telah berjaya memenangi tempat kedua persembahan tarian dan menerima hadiah wang tunai dari Puan Presiden Tiaranita Nasional, Datin Sharifah Aamenah Aljunid.

Selain itu, majlis makan malam ini di serikan lagi dengan persembahan dari artis jemputan, Adibah Noor.





Sessi bergambar setelah selesai majlis penyampaian permainan sukaneka dan perbarisan.

Pertandingan MOH POIE MANCING 2009

JELEBU, 9 Mei - Kelab TM Negeri Sembilan di bawah kelolaan Biro Sosial dan Rekreasi telah menganjurkan "Pertandingan MOH POIE MANCING 2009" bertempat di U.K Fishing Paradise, Batu 19 ½, Kg. Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pertandingan ini dibuka kepada semua anggota TM Negeri Sembilan dan juga ahli keluarga mereka. Pendaftaran peserta bermula pada jam 8 pagi sehingga pada jam 9 pagi. Seramai 74 peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan memancing ini.

Bayaran yang dikenakan untuk menyertai pertandingan ini adalah sebanyak RM 20 bagi anggota, dan sebanyak RM 10 bagi ahli keluarga anggota. Para peserta dikehendaki membawa joran dan umpan masing-masing.

Hadiah untuk pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Ikan Terberat (bersisik), Ikan Terberat (tidak bersisik), Ikan Terpantas dan Ikan Terberat (terkumpul).

Juara keseluruhan bagi pertandingan memancing ini jatuh kepada saudara Mohd Farhan yang berjaya dengan hasil tangkapan seberat 8.145 Kg.

Berikut adalah nama-nama pemenang bagi pertandingan memancing tersebut.

1. Saudara Mohd Nor Fahmi, Kategori Ikan Terpantas
2. Saudara Mohd Farhan, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Pertama
3. Saudara Mansor, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Ke-2
4. Saudara Mohd Aziz, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Ke-3
5. Saudara Rosli Abd. Rahman, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
6. Saudara M. Faizol, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
7. Saudara Marwan, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
8. Saudara Yahya, Kategori Ikan Terberat (Bersisik) – Saguhati
9. Saudara Mohd Fahmi, Kategori Ikan Terberat (T. Bersisik) – Pertama
10. Saudara Abd. Rahman, Kategori Ikan Terberat (T. Bersisik) – Ke-2
11. Puan Khasiah, Kategori Ikan Terberat (T. Bersisik) – Ke-3

Selain dari hadiah-hadiah pertandingan, para penganjur ada menyediakan hadiah bagi cabutan bertuah yang berupa hamper.

Klik Di Sini untuk melihat gambar-gambar kandid yang telah diambil.
( hanya untuk akses TM Intra sahaja )