Wednesday, November 18, 2009

TM AMAZING RACE 2009 “D’ Monsoon Challenge”

Warga TM sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sosial & Rekreasi Kelab TM Malaysia dengan kerjasama Kelab TM Terengganu akan menganjurkan TM AMAZING RACE 2009 “ d’ Monsoon Challenge”.

Setelah kejayaan program pada tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan, pihak Kelab TM Malaysia akan membawakan cabaran yang lebih getir dan menyeronokkan ke destinasi seterusnya di Kuala Terengganu pada tahun ini.

Dikenali sebagai ”d’ Monsoon Challenge”, para peserta akan mengharungi cabaran getir dan pelbagai aktiviti yang pastinya akan mencabar kemampuan minda dan fizikal masing-masing di sepanjang laluan yang bermula di Kuala Terengganu hinggalah ke destinasi terakhir di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


Cabaran ini akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 11 hingga 13 Disember 2009 (Jumaat - Ahad)

Tempat : Kuala Terengganu ke Lake Kenyir Resort & Spa


Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab TM seluruh Malaysia di mana penyertaan dihadkan kepada dua penyertaan dari setiap negeri.

Setiap kumpulan mestilah mengandungi empat orang dalam sebuah kenderaan. Yuran Penyertaan akan dibiayai melalui sumbangan Kelab TM Negeri masing-masing untuk program ini.

Borang serta Syarat-Syarat Penyertaan bagi TM Amazing Race 2009 ” d’ Monsoon Challenge” telah dilampirkan untuk makluman lanjut berkenaan program.

Jadi, hantarkan borang penyertaan yang lengkap diisi kepada Setiausaha Kelab TM Negeri masing-masing atau hantarkan terus kepada pihak Sekretariat TM Amazing Race Terengganu 2009 ”d’ Monsoon Challenge”.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 November 2009.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Sekretariat TM Amazing Race 2009 “d’ Monsoon Challenge” berikut:

1. Mohammad Azri A Aziz (06-7651042) azriaziz@tm.com.my
2. Syaiful Nizam Katimon (06-7653434) synizam@tm.com.my
3. Koh Cheng Hoe (06-7655533) nicholas.koh@tm.com.my

Anda juga boleh faks borang penyertaan anda ke nombor berikut: 06-7624364


Terima kasih.

Bagi pihak Kelab TM Malaysia

Saturday, November 14, 2009

TIARANITA CATERING

Bukit Tampin, 14 Nov - Tiaranita Catering di bawah kelolaan Biro Ekonomi dan Perniagaan telah menyediakan sarapan pagi dan makanan tengahari sempena program Bukit Tampin Challenge anjuran Kelab TM Negeri Sembilan pada 14 Nov 2009 di Pusat Rekreasi Bukit Tampin, Tampin.

Beberapa ahli Tiaranita turut serta menyediakan makanan para jemputan dan tetamu VIP di program ini.

Warga Kerja Telekom Malaysia Negeri Daki Bukit Tampin

Tampin, 14 Nov – Lebih 100 warga kerja Telekom Malaysia sekitar negeri ini mewakili 26 kumpulan beradu tenaga sambil beriadah dalam saingan Kembara Alam Semula Jadi Bukit Tampin 2009 bermula di kaki Bukit Tampin sehingga menara pemancar, di sini, kelmarin.

Sinar Harian difahamkan, program anjuran Kelab TM negeri dengan kerjasama bahagian pengurusan itu adalah kesinambungan acara Larian Muhibah 2007 yang memberi penekanan kepada kesihatan, kecergasan minda dan semangat berpasukan.

Presidennya, Salmah Mohd Taufek berkata, pertandingan mendaki Bukit Tampin secara berkumpulan masih menjadi konsep utama program, namun terdapat beberapa kelainan untuk penganjur pada tahun ini.

Menurutnya, usaha mengumpulkan seluruh ahli kelab TM negeri itu bertujuan memberikan pendedahan gaya hidup sihat disamping membuka ruang peserta merasai suasana persekitaran alam semula jadi.

“Penganjuran Kembara Alam Semula Jadi Bukit Tampin kali ini masih mengekalkan konsep terdahulu iaitu pertandingan mendaki secara berkumpulan dan ditambah beberapa aktiviti seperti jigsaw puzzle, soalan kuiz dan cari harta diadakan.

Kehidupan seharian anggota TM yang sibuk dengan tugas dan tanggungjawab hakiki menjadikan program ini sebagai platform merehatkan diri serta minda sambil menyelami alam semula jadi sekali gus mengeratkan ukhuwah sesama sendiri,” katanya.

Salmah berkata, Kembara Alam Semula Jadi Bukit Tampin 2009 itu diharapkan dapat menyumbang ke arah pembentukan warga kerja yang sentiasa sihat dan cergas sekali gus menjadi pemangkin semangat melaksanakan tanggungjawab serta peranan masing-masing.

“Melalui penganjuran program ini, saya berharap ia memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak kepada kakitangan TM negeri untuk sentiasa bersemangat melaksanakan tanggungjawab khususnya melalui penerapan nilai budaya kerjasama demi kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bagi Tuanku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri yang sempat hadir merasmikan majlis berkata, penganjuran Kembara Alam Semula Jadi Bukit Tampin diharap dapat diadakan secara berterusan dengan gabungan lebih ramai pihak.

Katanya, langkah berkenaan secara tidak langsung akan mempromosikan Bukit Tampin di mata pengunjung luar di samping memperkenalkan lagi kawasan berkenaan sebagai lokasi penganjuran aktiviti riadah sambil menambah ilmu pengetahuan berhubung alam semula jadi.

“Saya difahamkan, Kembara Alam Semula Jadi Bukit Tampin julung kali diadakan sejak pencawang TM di Bukit Tampin didirikan pada 57 tahun lalu.

“Sehubungan itu, program ini wajar dijadikan acara tradisi kerana ia mampu mempromosikan Bukit Tampin”. Katanya.

Menurutnya, pelbagai aktiviti baru boleh diadakan pada penganjuran akan datang iaitu penerangan ringkas berhubung kayu kayan dan tumbuhan sedia ada disini.

“Usaha ini secara tidak langsung memperkenalkan persekitaran alam semula jadi Bukit Tampin dan menarik lebih ramai pencipta alam sekitar ke daerah Tampin,” katanya.

Friday, November 13, 2009

Hari Keluarga TM NS 2009

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datin/Tuan/Puan/Cik warga TM N9 sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa setelah menerima maklumbalas yang memberansangkan serta sambutan yang menggalakkan dari kalangan anggota-anggota TM Negeri Sembilan berkenaan kejayaan penganjuran Hari Keluarga pada tahun lalu, Kelab TM Negeri Sembilan dengan kerjasama pengurusan TM Negeri Sembilan akan membawakan sekali lagi ”Hari Keluarga TM NS 2009” yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 5hb Disember 2009, Sabtu

Tempat : Tiara Beach Resort, Port Dickson

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab TM Negeri Sembilan serta pihak pengurusan TM Negeri Sembilan menjemput semua warga TM NS dan ahli keluarga untuk menyertai program ini untuk sama-sama kita meraikan dan memeriahkan program ini.

Untuk makluman semua, setiap keluarga hanya dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 20.00. Anggota-anggota yang berminat dikehendaki mengisi borang penyertaan ”Hari Keluarga TM NS 2009” yang disertakan dan sila kembalikan kepada urusetia pendaftaran selewat-lewatnya pada 20hb November 2009.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat Pendaftaran seperti berikut :

En Yahya Jaafar 06-7624227

En Mazlan Mokhtar 06-7651054

En Mohd Ali Ujang 013-3678074

No Fax : 06-7624364


Sekiranya ada di kalangan anggota yang bercadang untuk bermalam di Tiara Beach Resort Hotel berikut adalah jenis bilik dan bayaran yang dikenakan :

(a) Studio Suite : RM180

(b) Family Suite (2 bilik) : RM280

Untuk makluman semua, bilik yang disediakan adalah terhad dan tertakluk kepada pihak pengurusan Tiara Beach Resort.

Jangan tunggu lagi, hantarkan borang penyertaan anda segera kepada Sekretariat Hari Keluarga 09.

Sekian, terima kasih.

*** Perhatian utk staf TM Negeri Sembilan, sila akses ke ruangan forum di dalam portal TM Negeri Sembilan untuk memuat turun borang penyertaan ***

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel Penampilan Diri

Sukacita di maklumkan bahawa pihak Biro Pembangunan Wanita TIARANITA Negeri Sembilan akan mengadakan program “Bengkel Penampilan Diri” yang bertujuan bagi meningkatkan keyakinan dan keterampilan diri anggota TM serta profesionalisme dalam kerjaya .

Program ini akan di adakan seperti berikut :

Tarikh (Sesi Pertama) :
19- 20 November 2009

Tarikh ( Sesi Kedua) :
Akan di maklumkan kemudian

Tempat : Royal Bintang, Seremban

Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang

Yuran Penyertaan : RM 10.00 (Ahli Sahaja)

Penceramah :
Puan Faridah Abdul Rahman
(Bekas Pramugari dan Pelatih MAS Airlines)
Corporate Trainer / Consultant
Nota Asia Training Services


Jangan berlengah lagi! Tempat adalah terhad kepada 25 ahli terawal yang mendaftarkan penyertaan bagi sesi pertama. Lengkapkan borang penyertaan seperti yang disertakan dan hantarkan kepada pihak AJK TIARANITA seperti berikut:


Pn Samidah Samun
Tel: 06-765 1216 / 013-620 3224
Fax: 06-6312000

Pn Noraini Ismail
Tel: 06-765 1038 / 013-384 7742
Fax: 06-7624364

Cik Mazura Ismail
Tel : 06-7651040 / 019-643 6774
Fax : 06-763 4444


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Nov 09 (Jumaat). Di lampirkan juga poster pertandingan dan borang keahlian TIARANITA bagi anggota TM yang berminat. Penyertaan juga terbuka kepada isteri anggota-anggota TM yang telah menjadi AHLI TIARANITA.

Salam hormat,


MAZURA ISMAIL
Setiausaha Kehormat
TIARANITA Negeri Sembilan


*** Perhatian utk staf TM Negeri Sembilan, sila akses ke ruangan forum di dalam portal TM Negeri Sembilan untuk memuat turun borang keahlian Tiaranita, borang penyertaan dan juga poster pertandingan. ***