Sunday, May 30, 2010

TM 10 Million Kick Challenge di Jusco, Seremban 2, Negeri Sembilan pada 28hb - 30hb Jun 2010



Mohd Ezani Ab Hamid (kiri) dari Kota Bharu, Kelantan, pemenang cabaran ‘TM 10 Million Ringgit Kick Challenge’ edisi Negeri Sembilan bersempena dengan siri jelajah ‘TM’s World Football Heroes’ dan juga merupakan pemegang rekod jaringan gol terbanyak (64 gol) bersama Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar, TM Negeri Sembilan (tengah) dan Mohd Azmi Mohd Shah, Penolong Pengurus Besar Pengurusan Acara Sukan TM (kanan).

Cabaran ‘TM Million Kick’ anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) kali ini telah menyaksikan seorang pelanggan TM dinobatkan sebagai Juara Peringkat Negeri yang diadakan sempena siri jelajah karnival “TM World Football Heroes” yang berlangsung pada 28 – 30 Mei 2010 di AEON Jusco Seremban 2, Negeri Sembilan. Cabaran ‘TM Million Kick Challenge’ mengajak peserta menguji kemahiran mereka menjaringkan gol bagi merebut peluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dan seterusnya berpeluang memenangi RM1 juta pada pusingan akhir di Kuala Lumpur.

Hadir di acara tersebut bagi menyampaikan hadiah ialah Salmah Mohd Taufek, Pengurus Besar TM, Negeri Sembilan dan juga Mohd Azmi Mohd Shah, Penolong Pengurus Besar Sports Event Management TM.

Tarikan utama semasa di karnival tersebut adalah TM 10 Million Ringgit Kick Challenge di mana sebanyak 980 peserta telah menguji kemahiran bolasepak mereka untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000. Pemenang karnival edisi Negeri Sembilan ini, Mohd Ezani Ab Hamid, yang berjaya memecahkan rekod terkini jumlah jaringan gol terbanyak dalam masa 2 minit iaitu sebanyak 64 gol kini berpeluang untuk turut memenangi RM1 juta pada acara peringkat akhir yang akan diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2010.

No comments:

Post a Comment