Thursday, December 17, 2009

PROGRAM TAD PARTNERSHIP “NET REACH @ TAD”

Seremban, 17 Dis - Consumer Sales Negeri Sembilan dengan kerjasama TM Point Negeri Sembilan, Unit A&P dan TM Point Authorized Dealership (TAD) telah menjalankan program kerjasama di antara pemilik-pemilik Kedai IT dan TAD yang di namakan "TAD Partnership Programme Net Reach @ TAD" bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini bertujuan untuk menambahkan jumlah "Point Of Sales” dan “Sales Channel” di Negeri Sembilan di samping meningkatkan jualan produk TM Negeri Sembilan.

Seramai 40 orang yang terdiri daripada pemilik kedai computer, pembekal alat keselamatan dan pemilik kedai telekomunikasi dari 4 kawasan di Negeri Sembilan, iaitu Bahau, Seremban, Senawang dan Nilai telah menghadiri dan mendengar taklimat program ini.

Selain itu, Mohd Roslan Haron, Pengurus Besar Bahagian TSSSB dan Wan Iskandar Hj Wan Taha, Penolong Pengurus Besar SME Indirect Channel Management turut bersama-sama menyertai program ini.

Tidak ketinggalan Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek juga turut menyertai dan memberikan ucapan kata-kata aluan kepada semua tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment