Friday, October 30, 2009

Bukit Tampin Nature Adventure

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Warga TM NS sekalian,

Pihak Biro Sukan & Kecergasan, Kelab TM Negeri Sembilan akan mengadakan program Fun Walk yang diberi nama “Bukit Tampin Nature Adventure”. Program bertemakan kesihatan & kecergasan ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14hb November 2009

Tempat Permulaan : Kaki Bukit Tampin, Tampin, Negeri Sembilan

Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 Tengah Hari

Majlis ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al Qadri, Tunku Besar Tampin dan beberapa jemputan khas yang lain.

Di sepanjang pendakian para peserta ke puncak Bukit Tampin, pelbagai aktiviti menarik telah diatur yang bakal mencabar minda serta fizikal para peserta.

Hadiah-hadiah yang lumayan serta cabutan bertuah bakal menanti para peserta program kali ini.

Syarat penyertaan adalah seperti tertera pada flyers program.

Jangan berlengah lagi! Tempat adalah terhad kepada 20 pasukan terawal yang mendaftarkan penyertaan.

Lengkapkan borang penyertaan seperti yang disertakan dan hantarkan kepada pihak Sekretariat Pendaftaran ’Bukit Tampin Nature Adventure’:


En Arwisqarni Ismail

Tel: 06-765 1055

Faks: 06-765 1057


En Azrai Aziz

Tel: 06-765 1250

Faks: 06-765 1673


Marilah bersama-sama memeriahkan ’Bukit Tampin Nature Adventure 2009’.

5 comments:

  1. Join jgn tak join dah 26 team register! Lobih dari yg sepatutnya..hobin jang hobin!

    ReplyDelete
  2. aktiviti riadah yang baik di hujung minggu :)

    ReplyDelete
  3. ape kene mengene plak dgn hobin jang hobin ni..hahahah....

    ReplyDelete
  4. syukur tak hujan semasa nak menaiki ke puncak.. apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang :)

    ReplyDelete
  5. Sila akses ke ruangan forum TM Negeri Sembilan untuk memuat turun soalan dan jawapan.

    ReplyDelete