Thursday, May 28, 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2009/2011

28hb Mei - Kelab TM Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 bagi Sesi 2009/2011 di Dewan Sri Minang, Pejabat Risda Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Puan Salmah Mohd. Taufek, Presiden Kelab TM Negeri Sembilan dengan kehadiran seramai 115 orang ahli dan juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2007/2009.

Agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan bagi Sesi 2009/2011 yang telah menyaksikan beberapa muka baru diserap untuk merencana aktiviti-aktiviti Kelab TM Negeri Sembilan untuk sesi berikutnya.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan turut membentangkan laporan aktiviti dan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2008 serta pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi sesi 2007-2009.

Puan Salmah Mohd Taufek turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang acara sukan yang dipertandingkan dalam Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan 2009 yang telah diadakan baru-baru ini.

Para ahli yang bertuah berjaya membawa pulang 40 hamper dan 10 cenderahati istimewa cabutan bertuah yang diadakan di akhir sesi mesyuarat.

No comments:

Post a Comment