Saturday, March 14, 2009

PROMOSI PAKEJ RIA USP DI KAMPUNG PANCHOR

Bahau, 14 Mac - CS Negeri Sembilan telah mengadakan jualan talian tetap kepada pelanggan USP di Kampung Panchor, Bahau.

Aktiviti jualan yang di ketuai Zubil Hassan dan pembantu, Mohd Ayob dan Ahmad Safuan di jalankan bagi mempromosi kan pakej Ria kepada pelanggan yang layak melanggan talian tetap khususnya di kawasan USP di mana tiada caj di kenakan kepada pelanggan dan panggilan telefon di buat hanya menggunakan kad I-Talk.

Selain itu, pelanggan juga diberi Percuma Kad I-Talk berharga RM 10 untuk tempoh percubaan dan tawaran ini terhad sehingga 31 Mac 2009. Anggota CS telah berjaya mendapat jualan sebanyak 43 talian tetap di Kampung Panchor, Bahau Negeri Sembilan.

Sehingga kini, CS Negeri Sembilan telah berjaya meraih 164 talian tetap secara keseluruhan bagi promosi talian tetap Pakej Ria.

No comments:

Post a Comment