Sunday, February 15, 2009

Team Building Retreat 2009

Bentong, 13 - 15 Feb : Seramai 3 orang ahli Jawatankuasa Tiaranita Negeri Sembilan telah menyertai “Team Building Retreat 2009” yang diadakan di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik, Bentong, Pahang Darul Makmur.

Program yang di jalankan selama 3 hari bertujuan untuk mengeratkan hubungan siratulrahim di kalangan semua ahli Tiaranita seluruh negeri serta memberi peluang kepada ahli - ahli mengenali Presiden Tiaranita tahun 2009, Datin Sharifah Aamenah Aljunid dan ahli Jawatankuasa Tiaranita Nasional 2009.

Selain itu, salah satu acara di dalam program ini adalah acara brainstorming di mana semua wakil dari cawangan Tiaranita akan membincangkan cadangan aktiviti-aktiviti utama akan boleh dijalankan oleh pihak induk dan disertai oleh semua cawangan – cawangan Tiaranita.

Dengan adanya program sebegini, semua wakil yang terlibat dapat bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan idea bagi mengukuhkan perjalanan aktiviti yang dirancang.

Wakil Tiaranita Negeri Sembilan adalah Datin Azimah Abd Aziz, Naib Presiden Tiaranita, Pn Samidah Samun, Ketua Biro Pembangunan Wanita dan Cik Yasmee Yasid, Ketua Biro Sosial.

No comments:

Post a Comment