Rombongan ini bertolak dari perkarangan pejabat di Ibusawat Seremban pada 5 Feb 09 (Rabu) pada jam 11 malam. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan dan perjalanan dari Seremban ke Kuala Perlis adalah secara free & easy.
Tiba di Kuala Perlis pada keesokan harinya sekitar jam 6 pagi - 7 pagi. Masing-masing di dalam kepenatan dan hanya tidur di dalam kereta dan ada juga yang tidur di dalam masjid/surau.
Selepas bersarapan, para peserta berkumpul di ruangan menunggu di jeti Kuala Perlis. Masa bertolak dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada jam 10 pagi.
Perjalanan menaiki feri ke Pulau Langkawi memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
Tiba di Pulau Langkawi lebih kurang jam 11.30 pagi. Cuaca ketika itu agak panas terik dan berangin.
Perjalanan dari jeti Pulau Langkawi ke hotel penginapan memakan masa tidak kurang dari 10 minit. Lokasi penginapan adalah di Hotel Eagle Bay dan para peserta menginap di sana selama 4 hari 3 malam.
Sesi pertama brainstroming iaitu pada jam 9 malam yang dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi Kelab TMNS iaitu Puan Salmah Mohd Taufek dan naib pengerusi Kelab TMNS iaitu Encik Nor Halim.
Kemudiannya diikuti dengan penerangan ringkas oleh setiausaha Kelab TMNS iaitu saudara Azri.
Para peserta brainstorming dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut biro masing-masing.
Biro-biro yang terdapat di dalam Kelab TMNS adalah terdiri daripada Biro Ekonomi, Biro Sukan, Biro Sosial & Rekreasi dan Biro Pendidikan & Intelektual.
Sesi brainstorming tamat lebih kurang pada jam 12 tengah malam dan setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan pada keesokan harinya iaitu Jumaat pada jam 10 pagi.
Jumaat, 6 Feb - Pembentangan daripada setiap biro bermula kira-kira pada jam 10 pagi. Dimulakan dengan Biro Ekonomi dan diakhiri dengan pembentangan dari Biro Sukan.Sesi pembentangan tamat kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Selepas solat jumaat, aktiviti berikutnya adalah lawatan di sekitar Pulau Langkawi menaiki bas pelancongan yang disewa khas. Diakhiri dengan membeli-belah di pekan Kuah dan kembali ke hotel kira-kira jam 7.30 malam.
Para peserta di jamukan dengan makan malam di Bamboo Beach Restaurant pada jam 9 malam dan pulang ke hotel lebih kurang jam 11 mlm.
Sabtu, 7 Feb - Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah lawatan ke Pulau Payar ( Coral Island ). Perjalanan ke Pulau Payar menaiki bot memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Di pulau Payar, para peserta melakukan aktiviti snorkeling dan beristirehat sambil menikmati keindahan pulau.
Ahad, 8 Feb - Check-out dari hotel pada jam 9 pagi dan bertolak pulang ke Kuala Perlis dari jeti Pulau Langkawi pada jam 11 pagi.
Untuk melihat galeri gambar, sila klik pada pautan di bawah :-
>> Galeri Gambar
Tempat yang menarik untuk lawati dan membeli-belah. jangan lupa ke Pulau Payar untuk menikmati keindahan kehidupan laut.
ReplyDelete