Saturday, February 28, 2009

PERTANDINGAN TARIAN KREATIF ALA POCO-POCO (KAPP) NEGERIFM

Paroi, 28 Feb - Seramai 7 orang ahli Tiaranita telah menyertai Pertandingan Tarian Kreatif Ala Poco-Poco anjuran NEGERIfm pada 28 Februari 2009 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban Negeri Sembilan.

Pertandingan ini di anggotai 5 orang ahli untuk persembahan dan 2 orang peserta simpanan serta seorang pengurus kumpulan.

Berikut adalah ahli-ahli Tiaranita yang menyertai pertandingan ini :-

1) Samidah Samun ( Pengurus Kumpulan)
2) Yasmee Yasid
3) Azlina Mohd Toffick
4) Mazura Ismail
5) Nurul Emmy Ramli
6) Siti Nur Azura Mohd Idros
7) Nurul Ashikin Mohd Nor

Ahli-ahli Tiaranita telah mempersembahkan pelbagai pergerakan kreatif dan gaya tarian yang berbeza mengikut rentak 8 buah lagu yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Walaupun tidak memenangi pertandingan ini, penglibatan persatuan ini telah mengeratkan hubungan siratulrahim sesama ahli-ahli Tiaranita Negeri Sembilan.

Monday, February 16, 2009

PROGRAM PESONA CINTA BERSAMA TM

TM NSDK telah mengadakan Program Pesona Cinta pada 10 – 15 Februari 2009, bertempat di Ruang Legar, Jusco Seremban 2.

Program Jualan ini telah mendapat sambutan hangat dan berjaya mengaut hasil jualan sebanyak RM 454,742 hasil dari jualan produk italk, DEL, Streamyx, kutipan FA dan juga TM Point.

Pihak CS telah mengadakan demo untuk produk e browse, e-exam dan juga b-smart bagi menarik lebih ramai pelanggan Streamyx untuk melanggan contents.

Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan bagi memeriahkan Program ini termasuklah pertunjukan Shuffle Dance, Clown & Magic Show, Funky Socks dan Know Your Partner.

Di samping itu juga pihak CS telah mengadakan program Retention dengan mengadakan sambutan Hari Lahir bagi pelanggan Kediaman yang lahir pada bulan Februari.

Seramai 20 orang pelanggan bersama pasangannya telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Tujuan diadakan program ini untuk mengeratkan hubungan pelanggan dengan anggota TM disamping menghargai kesetiaan pelanggan.

Pihak CS juga tidak ketinggalan untuk meraikan pemenang hadiah sempena Jualan Akhir Tahun yang telah berlangsung pada akhir tahun lepas.

Seramai 4 orang pemenang telah dijemput untuk menerima hadiah pada majlis tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Puan Salmah Mohd Taufek yang turut hadir pada majlis tersebut.

Tahniah kepada semua warga TM yang terlibat sehingga program ini berjaya di jalankan dengan cemerlang.

Klik pada link Galeri Gambar untuk melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang program ini.

Artikel disediakan oleh Consumer Sale, TM Negeri Sembilan

Sunday, February 15, 2009

Team Building Retreat 2009

Bentong, 13 - 15 Feb : Seramai 3 orang ahli Jawatankuasa Tiaranita Negeri Sembilan telah menyertai “Team Building Retreat 2009” yang diadakan di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik, Bentong, Pahang Darul Makmur.

Program yang di jalankan selama 3 hari bertujuan untuk mengeratkan hubungan siratulrahim di kalangan semua ahli Tiaranita seluruh negeri serta memberi peluang kepada ahli - ahli mengenali Presiden Tiaranita tahun 2009, Datin Sharifah Aamenah Aljunid dan ahli Jawatankuasa Tiaranita Nasional 2009.

Selain itu, salah satu acara di dalam program ini adalah acara brainstorming di mana semua wakil dari cawangan Tiaranita akan membincangkan cadangan aktiviti-aktiviti utama akan boleh dijalankan oleh pihak induk dan disertai oleh semua cawangan – cawangan Tiaranita.

Dengan adanya program sebegini, semua wakil yang terlibat dapat bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan idea bagi mengukuhkan perjalanan aktiviti yang dirancang.

Wakil Tiaranita Negeri Sembilan adalah Datin Azimah Abd Aziz, Naib Presiden Tiaranita, Pn Samidah Samun, Ketua Biro Pembangunan Wanita dan Cik Yasmee Yasid, Ketua Biro Sosial.

Thursday, February 12, 2009

TAKLIMAT KERTAS CADANGAN "WIRELESS CITY" UNTUK KAWASAN SEREMBAN, NILAI DAN PORT DICKSON

Seremban 12 Feb - TM Negeri Sembilan telah mengadakan Taklimat Kertas Cadangan “Wireless City“ untuk kawasan Seremban, Nilai dan Port Dickson bertempat di Bilik Rasah I/II Hotel Royale Bintang.

Seramai 32 orang peserta yang hadir terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Taklimat ini juga dihadiri oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban, Ybhg. Dato’ Hj. Abd. Halim bin Hj. Abd. Latif, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Seremban, Encik Tahar bin Sudin dan Puan Russiyatimah binti Arshad, Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat.

Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Puan Salmah Mohd. Taufek turut hadir dan merasmikan taklimat tersebut.

Tuesday, February 10, 2009

LE TOUR DE LANGKAWI

Senawang 9 - 10 Feb : Lokasi Senawang telah di pilih sempena Le Tour De Langkawi tahun 2009 dan CS NSDK telah mengambil peluang membuka kaunter jualan di lokasi tersebut pada tarikh 9 dan 10 Februari 2009.

Kaunter ini berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang dengan kerjasama dari pihak SP, SCM dan TM Point.