Paroi, 27 Feb - 1 Mac : CS Negeri Sembilan dengan kerjasama SP, TM Point dan SCM telah membuka kaunter jualan sempena program Fiesta Negeri FM pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2009.
Program yang di adakan di sepanjang 3 hari ini bertempat di Komplek Belia dan Sukan merupakan anjuran Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Negeri Sembilan (JKPKP) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembulan dan Negeri FM.
CS berjaya meraih jualan sebanyak RM 25,712 di sepanjang program ini. Selain itu, CS juga mengadakan suatu program, Mini Sales Hunt @ SP pada 28 Feb 2009 bertempat di Gemas dan Gemencheh.
Seramai 8 orang SP menaiki 3 buah kenderaan TM menjelajah seluruh daerah Gemas dan Gemencheh bagi membuat jualan secara langsung dari pintu ke pintu (door-to-door) kepada pelanggan kediaman bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 ptg.
Sunday, March 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment