Thursday, May 28, 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2009/2011

28hb Mei - Kelab TM Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 bagi Sesi 2009/2011 di Dewan Sri Minang, Pejabat Risda Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Puan Salmah Mohd. Taufek, Presiden Kelab TM Negeri Sembilan dengan kehadiran seramai 115 orang ahli dan juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2007/2009.

Agenda utama mesyuarat adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan bagi Sesi 2009/2011 yang telah menyaksikan beberapa muka baru diserap untuk merencana aktiviti-aktiviti Kelab TM Negeri Sembilan untuk sesi berikutnya.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab TM Negeri Sembilan turut membentangkan laporan aktiviti dan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2008 serta pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi sesi 2007-2009.

Puan Salmah Mohd Taufek turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang acara sukan yang dipertandingkan dalam Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan 2009 yang telah diadakan baru-baru ini.

Para ahli yang bertuah berjaya membawa pulang 40 hamper dan 10 cenderahati istimewa cabutan bertuah yang diadakan di akhir sesi mesyuarat.

TIARANITA CATERING CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

28 hb Mei 2009 - Tiaranita Catering di bawah kelolaan Biro Ekonomi dan Perniagaan telah menyediakan makanan sarapan pagi sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan bagi sesi 2009 / 2011.

Mesyuarat yang di hadiri ahli Kelab TM Negeri Sembilan bertempat di Dewan Sri Minang, Pejabat Risda Negeri, Seremban.

Beberapa ahli Tiaranita telah bertungkus lumus menyediakan makanan para jemputan dan tetamu VIP mesyuarat tersebut.

Wednesday, May 27, 2009

I-TALK WOOW GOES CRAZEE RACE

27 hb Mei 2009 - Promosi kad I-Talk masih diteruskan lagi di Negeri Sembilan yang di namakan I-Talk Woow Goes Crazee Race pada 27 hb Mei 2009 bertempat di tempat letak kereta Ibusawat TM, Seremban.

Seramai 7 buah kumpulan menyertai program I-Talk ini dan telah membuat jualan kad ke 6 buah daerah di sekitar Negeri Sembilan, di antaranya daerah Seremban, Bahau, Gemas dan Port Dickson.


Monday, May 25, 2009

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 44

Merujuk kepada notis mesyuarat agung yang telah dikeluarkan sebelum ini, ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 Kelab TM Negeri Sembilan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb Mei 2009 (Khamis)

Masa : 8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengah Hari

Tempat : Dewan Sri Minang Pej. Risda Negeri Jalan Mufti Ahmad, Medan Rahang, S'ban


Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Ucapan Puan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan

  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 43 Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2007/2009

  3. Perkara-perkara berbangkit

  4. Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti-aktiviti Kelab bagi Sesi 2007/2009

  5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2008

  6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kelab TM Negeri Sembilan bagi Sesi 2007/2009

  7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kelab TM Negeri Sembilan Sesi 2009/2011

  • 1 Orang Timbalan Presiden

  • 4 Orang Naib Presiden

  • 1 Orang Timbalan Setiausaha Kehormat

  • 1 Orang Bendahari Kehormat

  • 1 Orang Penolong Bendahari Kehormat

  • 4 Orang Penolong Setiausaha

  • 5 Orang Ahli Jawatankuasa

  1. Memilih 2 orang Pemeriksa Kira-Kira

  2. Memilih 2 orang Pengamanah

  3. Membincang, menerima dan meluluskan usul-usul bertulis (jika ada)

  4. Ucapan Penangguhan oleh Puan Presiden Kelab TM Negeri Sembilan

Aturcara Mesyuarat:

8.30 Pagi : Pendaftaran kehadiran ahli

9.00 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Kristal

9.10 Pagi : Ucapan Pembukaan oleh Puan Presiden Kelab TM NS

9.15 Pagi : Majlis Penyampaian Hadiah Mini Karnival Sukan Kelab TM Negeri Sembilan

9.30 Pagi : Jamuan Ringan

10.00 Pagi : Agenda Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke 44 sesi 2009/20011

11.30 Pagi : Cabutan Bertuah

12.00 Tgh hari : Pemberian Cenderahati Kepada Ahli-Ahli


Sehubungan dengan itu, sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang usul yang ingin dikemukakan semasa Mesyuarat Agung tersebut, bolehlah menghantar usul tersebut mengikut format yang disertakan bersama kepada saya melalui email azriaziz@tm.com.my sebelum 25hb Mei 2009.

Kehadiran ahli-ahli Kelab TM Negeri Sembilan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dan Salam Hormat.


Mohammad Azri Bin A. Aziz
Setiausaha Kehormat Kelab TM Negeri Sembilan


Lampiran untuk dimuat-turun : Borang Usul (hanya untuk akses TM intranet sahaja)


TM Infoblast – Interactive 2-way Messaging Service

Infoblast allows you to broadcast your own customized voice and text messages simultaneously to fixed lined and mobiles.

This can be done easily anytime and anywhere via Infoblast account at www.infoblast.com.my

Also download the infoblaster, a desktop application to enjoy all infoblast functions with bigger capasity right at your desktop.

To enjoy the service, customer only need TM fixed line, internet connection and a PC or laptop

Here are the Benefits:

1. Message Broadcast
Enjoy the convenience of interacting with clients, partners and family at any time you wish and attain 2 way response and feedback from them especially for invitation and promotions.

2. Message Scheduler
Easily schedule your message to be sent at any later time and date.

3. Auto Reply & Auto Forward
Handy automatic reply for messages received when you are away or forward the message to user's FSMS/Mobile.

4. Message Notification
Receive notification via sms or voice when a new message arrives.

5. Voice & Text Message
You may even record, send & broadcast, receive, forward and reply voice and text messages to TM fixed line or mobile users through the Infoblast Portal or Infoblaster


Infoblast is a perfect substitute which offers direct, immediate, and low cost communication with no monthly subscription and activation fee.

The service charge base on message transaction with varies according to usage of billing period.








Contact Person :


Government : En. Mohd Azmi Bin Ismail ( 013-6309896 )
SME / SMI : Puan Faridah Binti Abdul Jalil ( 013-4808829 )
Enterprise : En. Mohd Azahari Bin Hussain ( 013-3401031 )
Consumer : En. Sugumaran A L Regunathan ( 013-3944884 )