Tuesday, April 21, 2009

PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL DAN POCO-POCO DI MAJLIS ANUGERAH TMNS 2008

Seremban, 17 hb April - Tiaranita Negeri Sembilan telah mempersembahkan tarian berunsurkan tradisional dan poco-poco sempena Majlis Anugerah TMNS, bertempat di Royal Bintang Resort, Seremban.

Seramai 6 orang ahli Tiaranita mempersembahkan tarian berunsur tradisional dengan lagu "Asmaradana" manakala 8 orang ahli pula mempersembahkan tarian poco-poco dengan gaya dan rentak yang kreatif.



Tuesday, March 17, 2009

TM Sales Hunt Negeri Sembilan

Negeri Sembilan, 28 - 29 Mac : Program Consumer Sales pada penghujung bulan Mac adalah TM Sales Hunt yang akan diadakan di seluruh daerah Negeri Sembilan.

Program ini di jalankan dengan kerjasama Silver Partner (SP) dan Sales Channel Management (SCM) di mana beberapa kenderaan TM yang terdiri daripada beberapa orang SP dan anggota TM akan dilepaskan pada sebelah pagi di hadapan bangunan TM, Jalan Dato Hamzah oleh Pengurus TM dan menuju ke kediaman-kediaman sekitar daerah Negeri Sembilan bagi membuat jualan secara pintu ke pintu.

Ke semua kenderaan akan kembali ke tempat berkumpul pada sebelah petang dan laporan jualan akan di kumpul. Setiap anggota yang menyertai Sales Hunt layak memenangi anugerah yang telah di sediakan oleh pihak TM.

Parti Streamyx di TM Point Seremban

Seremban, 24 - 26 Mac : Consumer Sales akan mengadakan Parti Streamyx bertempat di TM Point Seremban.

Parti Streamyx ini di bawah kerjasama TM Point dan TM bagi mempromosikan produk TM khususnya Streamyx Combo, talian tetap dan kad I-Talk.

Selain itu, pelanggan TM yang hadir ke TM Point ketika parti Streamyx dijalankan akan dapat merasai makanan Nasi Lemak dan Teh Tarik secara percuma serta dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu.

Program Karnival Bermotor Peringkat ASEAN

Paroi, 18 - 22 Mac : Consumer Sales dengan kerjasama SCM, TM Point dan CSM akan mengadakan kaunter jualan bertempat di Tapak Ekspo Paroi, Seremban sempena Program Karnival Bermotor Peringkat ASEAN.

Program yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dapat memberi peluang kepada TM bagi menghasilkan jualan menerusi pelbagai aktiviti dan promosi produk-produk di samping dapat menarik minat ramai pengunjung mengunjungi tapak ekspo.

Antara aktiviti yang diadakan di sepanjang program ini adalah Pameran dan Pertandingan Motosikal ASEAN, “Extreme Stunt Riding” dan konsert band secara langsung dan banyak lagi.

Seluruh kawasan program ini telah di lengkapi dengan WiFi secara percuma kepada pengunjung-pengunjung dan juga pelanggan-pelanggan TM bagi melayari Internet pada setiap masa dan tempat.

Sunday, March 15, 2009

PROMOSI PAKEJ LOW ECP DI SENAWANG

Senawang, 15 Mac - Consumer Sales NS telah membuka kaunter jualan di Taman Jasmin, Senawang selepas sehari mereka berada di Kampung Panchor, Bahau untuk mengadakan promosi pakje Ria USP pada hari sebelumnya.

Sebanyak 250 flyers di edarkan kepada penghuni taman ini bagi memaklumkan kehadiran pihak TM serta mempromosi kan Pakej Let’s Talk RM 10 kepada pelanggan. Pakej Let’s Talk RM 10 merupakan pakej talian tetap yang memberi pelanggan kelebihan membuat panggilan tempatan secara percuma tanpa had dan kadar panggilan rendah ke semua Talian Tetap TM dan Talian Mudah Alih selama 24 jam sehari.

Selain itu, tawaran pakej Let’ s Talk juga tidak mempunyai sewa bulanan telefon dan tiada tempoh langganan minima yang mana pelanggan bebas menukar pakej ini kepada pakej yang lain sekiranya pakej ini tidak memberi penjimatan yang maksima.

Pakej ini juga di promosi kan khusus kepada pelanggan yang berada di kawasan rendah ECP, di mana kawasan yang di duduki telah melebihi 10 tahun ke atas.

Seramai 3 orang pelanggan telah melanggan pakej tersebut dan melanggan produk lain, iaitu Streamyx Combo di sepanjang aktiviti yang di jalankan.