Saturday, March 14, 2009

PROMOSI PAKEJ RIA USP DI KAMPUNG PANCHOR

Bahau, 14 Mac - CS Negeri Sembilan telah mengadakan jualan talian tetap kepada pelanggan USP di Kampung Panchor, Bahau.

Aktiviti jualan yang di ketuai Zubil Hassan dan pembantu, Mohd Ayob dan Ahmad Safuan di jalankan bagi mempromosi kan pakej Ria kepada pelanggan yang layak melanggan talian tetap khususnya di kawasan USP di mana tiada caj di kenakan kepada pelanggan dan panggilan telefon di buat hanya menggunakan kad I-Talk.

Selain itu, pelanggan juga diberi Percuma Kad I-Talk berharga RM 10 untuk tempoh percubaan dan tawaran ini terhad sehingga 31 Mac 2009. Anggota CS telah berjaya mendapat jualan sebanyak 43 talian tetap di Kampung Panchor, Bahau Negeri Sembilan.

Sehingga kini, CS Negeri Sembilan telah berjaya meraih 164 talian tetap secara keseluruhan bagi promosi talian tetap Pakej Ria.

Sunday, March 8, 2009

PROGRAM LET’S ROCK WITH I-TALK MOBILE

Seremban, 6-8 Mac : Consumer Sales dengan kerjasama Partnership & Card Service, Silver Partner (SP), CSM dan Business Sales telah mengadakan kaunter jualan pada 6-8 Mac 2009 bertempat di Terminal One, Seremban.

Kaunter jualan sepanjang 3 hari ini di namakan “Let’s Rock With I-Talk Mobile” bertujuan bagi mempromosikan kad I-Talk khususnya selain menjual produck TM seperti Streamyx Combo, DEL dan produk Business; Streamyx SOHO, Centrex, Infobalst.

Selain itu, promosi Percuma Wireless Modem juga di sediakan kepada pelanggan yang melanggan Streamyx SOHO di kaunter ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah di adakan sepanjang kaunter ini iaitu, persembahan Shuffle Dance, persembahan Bluehyppo dan aktiviti Badut pada hari Sabtu dan Ahad

Friday, March 6, 2009

Training 'THE LEARNING GiM' 2009

Training ‘The Learning GiM’ adalah diWAJIBkan ke atas semua executive & Manager.

Berikut adalah jadual program ini mengikut pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan.

Group 1

Tarikh : 10 – 14/3/09 (Selasa – Sabtu)
Masa : 0830 – 1730
Tempat : Ancasa Resort Allsuites (Apartments) Port Dickson Batu 8 1/2 , Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Penginapan : disediakan (bagi yang memerlukan)


Group 2

Tarikh : 23 – 27/3/09 (Isnin – Jumaat)
Masa : 0830 – 1730
Tempat : Ancasa Resort Allsuites (Apartments) Port Dickson Batu 8 1/2 , Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Penginapan : disediakan (bagi yang memerlukan)


Group 3

Tarikh : 31 /3 – 5/4/09 (Selasa – Ahad)
Masa : 0830 – 1730
Tempat : akan dimaklumkan kemudian
Penginapan : disediakan


Group 1, 2, 3 (ALL)

Tarikh : 13 /4 – 14/4/09 (Isnin, Selasa)
Masa : 0830 – 1730
Tempat : akan dimaklumkan kemudian
Penginapan : TIADA

Klik pada ikon biru yang terdapat pada peta di bawah :



View Larger Map

Thursday, March 5, 2009

STREAMYX PARTY AT TM POINT TAMPIN

Tampin, 4-5 MAC : CS Negeri Sembilan dengan kerjasama TM Point Tampin telah mengadakan Streamyx Party yang kedua untuk bulan Mac 2009 pada 4 – 5 hb Mac 2009.

Pelanggan yang mengunjungi TM Point Tampin di hidangkan dengan segelas teh tarik dan sebungkus nasi lemak bagi mempromosi kan produk TM, Streamyx Combo dan menerima layanan daripada anggota TM.

Selain itu, pelanggan juga dihiburkan dengan dendangan lagu.

Sunday, March 1, 2009

Kaunter Jualan Sempena Program Fiesta Negeri FM

Paroi, 27 Feb - 1 Mac : CS Negeri Sembilan dengan kerjasama SP, TM Point dan SCM telah membuka kaunter jualan sempena program Fiesta Negeri FM pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2009.

Program yang di adakan di sepanjang 3 hari ini bertempat di Komplek Belia dan Sukan merupakan anjuran Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Negeri Sembilan (JKPKP) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembulan dan Negeri FM.

CS berjaya meraih jualan sebanyak RM 25,712 di sepanjang program ini. Selain itu, CS juga mengadakan suatu program, Mini Sales Hunt @ SP pada 28 Feb 2009 bertempat di Gemas dan Gemencheh.

Seramai 8 orang SP menaiki 3 buah kenderaan TM menjelajah seluruh daerah Gemas dan Gemencheh bagi membuat jualan secara langsung dari pintu ke pintu (door-to-door) kepada pelanggan kediaman bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 ptg.