Monday, February 9, 2009

Bengkel Percambahan Idea Aktiviti Biro Bagi Tahun 2009 di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi 5 Feb - 8 Feb : Seramai 23 anggota TMNS yang terdiri daripada ahli-ahli kelab TM Negeri Sembilan telah mengikuti satu sesi brainstorming (percambahan idea) untuk pelan tindakan (action plan) dan perancangan aktiviti kelab TM Negeri Sembilan bagi sepanjang tahun 2009.

Rombongan ini bertolak dari perkarangan pejabat di Ibusawat Seremban pada 5 Feb 09 (Rabu) pada jam 11 malam. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan dan perjalanan dari Seremban ke Kuala Perlis adalah secara free & easy.

Tiba di Kuala Perlis pada keesokan harinya sekitar jam 6 pagi - 7 pagi. Masing-masing di dalam kepenatan dan hanya tidur di dalam kereta dan ada juga yang tidur di dalam masjid/surau.

Selepas bersarapan, para peserta berkumpul di ruangan menunggu di jeti Kuala Perlis. Masa bertolak dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada jam 10 pagi.

Perjalanan menaiki feri ke Pulau Langkawi memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit.

Tiba di Pulau Langkawi lebih kurang jam 11.30 pagi. Cuaca ketika itu agak panas terik dan berangin.

Perjalanan dari jeti Pulau Langkawi ke hotel penginapan memakan masa tidak kurang dari 10 minit. Lokasi penginapan adalah di Hotel Eagle Bay dan para peserta menginap di sana selama 4 hari 3 malam.

Sesi pertama brainstroming iaitu pada jam 9 malam yang dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi Kelab TMNS iaitu Puan Salmah Mohd Taufek dan naib pengerusi Kelab TMNS iaitu Encik Nor Halim.

Kemudiannya diikuti dengan penerangan ringkas oleh setiausaha Kelab TMNS iaitu saudara Azri.

Para peserta brainstorming dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut biro masing-masing.

Biro-biro yang terdapat di dalam Kelab TMNS adalah terdiri daripada Biro Ekonomi, Biro Sukan, Biro Sosial & Rekreasi dan Biro Pendidikan & Intelektual.

Sesi brainstorming tamat lebih kurang pada jam 12 tengah malam dan setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan pada keesokan harinya iaitu Jumaat pada jam 10 pagi.

Jumaat, 6 Feb - Pembentangan daripada setiap biro bermula kira-kira pada jam 10 pagi. Dimulakan dengan Biro Ekonomi dan diakhiri dengan pembentangan dari Biro Sukan.

Sesi pembentangan tamat kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Selepas solat jumaat, aktiviti berikutnya adalah lawatan di sekitar Pulau Langkawi menaiki bas pelancongan yang disewa khas. Diakhiri dengan membeli-belah di pekan Kuah dan kembali ke hotel kira-kira jam 7.30 malam.

Para peserta di jamukan dengan makan malam di Bamboo Beach Restaurant pada jam 9 malam dan pulang ke hotel lebih kurang jam 11 mlm.


Sabtu, 7 Feb - Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah lawatan ke Pulau Payar ( Coral Island ). Perjalanan ke Pulau Payar menaiki bot memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Di pulau Payar, para peserta melakukan aktiviti snorkeling dan beristirehat sambil menikmati keindahan pulau.


Ahad, 8 Feb - Check-out dari hotel pada jam 9 pagi dan bertolak pulang ke Kuala Perlis dari jeti Pulau Langkawi pada jam 11 pagi.


Untuk melihat galeri gambar, sila klik pada pautan di bawah :-

>> Galeri Gambar


Saturday, February 7, 2009

PESTA RUMAH KONGSI DAN SPEEDY JOE SPEEDY JANE PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN

Rantau 7 Feb - CS Negeri Sembilan telah mengadakan program Pesta Rumah Kongsi yang pertama di Negeri Sembilan pada 7 Februari 2009 bertempat di Ladang Kombok, Rantau.

Program ini merupakan program pertama di jalankan bagi tujuan memberi kesedaran kepada warga asing mengenai penggunaan kad I-Talk dan meningkatkan penjualan kad I-Talk bagi tahun 2009.

Pasaran kad I-Talk kini bertumpu kepada warga asing yang sering menggunakan talian telefon bagi menghubungi sanak saudara mereka di negara masing-masing.

Oleh itu, program ini di lihat dapat mempromosikan kad I-Talk kepada mereka di samping mengadakan aktiviti- aktiviti yang menyeronokkan.

CS Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti pertandingan karaoke dan kuiz sempena program ini.

Sambutan dari warga Indonesia dan India di lokasi tersebut amat menggalakkan dan program ini di serikan lagi dengan kehadiran AGM Partnership and Card Services, Aravindan Kalisri Logeswaran A L Velachamy di sepanjang program ini.

CS NEGERI SEMBILAN MEMBUKA KAUNTER JUALAN SEMPENA “TM STREET SOCCER IN CONJUCTION WITH iCEPS 2009 USIM”

Nilai 5 - 7 Feb : Bersempena dengan program “ Konvensyen Keusahawan Islam USIM (iCEPS)” yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Nilai, pihak CS NSDK dengan kerjasama SP, SCM dan TM Point telah mengadakan kaunter jualan.

Pelbagai aktiviti sampingan di jalankan sempena program ini, di antaranya Majlis Pembukaan Konvensyen Keusahawan Islam USIM, sukaneka, PC Fair, gerai – gerai usahawan dan pertandingan ”street soccer” di bawah anjuran TM bagi menarik ramai pengunjung ke program ini.

Thursday, February 5, 2009

“BIZTALK” SEMINAR

Seremban 5 Feb - Business Sales N.Sembilan telah memulakan sesi taklimat bagi suku tahun pertama 2009 pada 05 Februari 2009 bertempat di bilik seminar Business Sales N.Sembilan. Seminar tersebut dikenali sebagai “ BizTalk”.

Seminar ini telah dihadiri oleh pelanggan yang berdaftar dibawah sektor “retail”. Di antara pakage yang diperkenalkan adalah “SME Wang”.

Friday, January 16, 2009

MAJLIS PENYERAHAN CEK BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN IBU TUNGGAL DAN MESYUARAT EXCO TIARANITA 2009

Seremban, 16 Jan - Tiaranita Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan majlis penyerahan cek bantuan persekolahan dan ibu tunggal di samping mengadakan mesyuarat Exco pertama bagi tahun 2009 pada jam 3petang.

Seramai 10 orang ahli Exco bersama dua orang penerima cek bantuan telah bersama-sama menjayakan majlis ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat TM, Jalan Dato Hamzah, Seremban.

Dua orang penerima, Puan Hamlah Haron, isteri kepada anggota TM dan seorang ibu tunggal, Puan Chek Teh Abdul Aziz telah menerima cek bantuan Tiaranita daripada Naib Presiden Tiaranita, YBhg. Datin Azimah Abdul Aziz bagi pihak Presiden Tiaranita.

Seterusnya ahli Exco memulakan mesyuarat pertama bagi tahun 2009, dengan membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti, anugerah Tiaranita peringkat Negeri Sembilan dan mengemskinikan perlantikan biro-biro Exco Tiaranita.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Presiden Tiaranita, Salmah Mohd Taufek berakhir pada jam 6petang.