Tuesday, October 27, 2009

TAKLIMAT DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KG. GAGU

Jelebu, 18 Okt - Consumer Sales dengan kerjasama Unit Government, TM Point Seremban dan Jawatankuasa Kg. Gagu telah mengadakan taklimat ICT dan jamuan Hari Raya bersama komuniti Kg. Gagu bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Gagu.

Program yang bermula dari jam 2.30 petang dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Ybhg. Dato’ Hj Jalaludin Hj Alias (mewakilkan Datuk Seri Rais Yatim) dan beberapa ahli UMNO Bahagian Jelebu yang lain serta Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd Taufek.

Para penduduk Kg. Gagu dan Kg. Teriang turut hadir bagi mendengar taklimat ICT dan memeriahkan program ini.

Taklimat yang bertajuk “Kepentingan ICT dalam kehidupan masa kini” disampaikan oleh Penolong Pengurus Consumer Sales, Shaharudin Mardzuki bertujuan untuk memberi pendedahan tentang betapa pentingnya ICT di dalam kehidupan penduduk khususnya muda mudi masa kini.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan siraturahim sesama penduduk kampung dengan TM dan UMNO Bahagian Jelebu.

No comments:

Post a Comment